Berjalan-jalan ke Bandung (Part 6) Suasana Bandung

IMG_1114

Salam muhibbah kepada rakan MR semua. Posting kali ini MR hendak berkongsi tentang pandangan MR terhadap bandar Bandung ini. Apa yang menarik sangat di Bandung ini sehingga ramai rakyat Malaysia kerap datang ke Bandung? MR rasa, sesiapa yang pernah sampai di Bandung dan menyusuri beberapa jalan dan lorong-lorong sunyi di sana, anda tahu jawapannya!

 

Tapi MR bukannya berminat hendak bercerita berkenaan lorong-lorong itu tadi… Tetapi lebih kepada suasana dan perasaan MR bila tiba dan menyaksikan sendiri kehidupan harian penduduk di sini. Di Bandung, seawal jam 6 pagi waktu tempatan, jalan raya

di Bandung mula sesak dengan pergerakan kenderaan untuk ke tempat kerja atau untuk memulakan perniagaan. Jam 6 pagi di Indonesia adalah macam pukul 7 pagi di Malaysia.

IMG_1115

Sebuah beca menunggu pelanggan yang tak kunjung tiba

 

Penduduk di sini rata-ratanya bekerja dalam bidang bisnes, daripada perniagaan kecil-kecilan hingga perniagaan pukal. Kebanyakan perniagaan yang ada di sini ialah macam cenderahati, makanan, tekstil, beg, perhiasan, perkhidmatan dan sebagainya lah… Sebab macam-macam benda yang dijual di sini. Sepanjang MR berada di Bandung, memang tidak nampak sebuah kilang pun.. Kalau factory outlet tu banyak le…

 

Tetapi di sini, kalau orangnya kaya…. memang kaya habis…. tetapi bila miskin… memang miskin habis. Pengemis yang meminta wang boleh dijumpai hampir di mana-mana factory outlet yang MR singgah. Jangan bimbang… mereka tak kacau orang, cuma anda rasa rimas sedikit sebab sentiasa diperhatikan…

 

Orang Bandung juga memang jenis yang tidak berputus asa. Mereka akan cuba menjual produk yang ada di tangan mereka sehingga boleh dijual. Jika anda rimas, anda hanya perlu menolak produk mereka dengan cara berhemah dan berlemah lembut. Jangan kasar!

IMG_1110

Mamat yang mencangkung tu sebenarnya nak cari pelanggan… Dengar dia menyanyi. Pemuzik jalanan tu….!

 

Seperti yang MR pernah tulis pada posting pertama dahulu, orang Bandung suka pada kereta yang besar-besar. Paling kecil pun kereta Suzuki Swift. Kereta yang lain, macam Toyota Innova Kijang, Ulser, Mazda, dan kebanyakannya ialah kereta SUV! Punya le kaya orang di Bandung ni.. Kalau tak mampu, naik aje pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang mudah di sini ialah van yang berwarna hijau.

 

Di sini, anda tidak perlu risau tentang tempat untuk bersolat. Musolla (surau) memang ada disediakan di mana-mana hotel, kawasan tempat makan dan factory outlet. Akan tetapi ada sesetengah tempat tu, Musolla nya tidak macam di Malaysia. Musollanya hanya satu. Lelaki dan perempuan solat di bilik yang sama.

 

Hanya satu perkara yang MR hendak berpesan di sini, kalau berada di negara orang itu, jangan buat macam negara sendiri. MR dapat rasakan orang di Bandung ini tidak sama dengan Jakarta. Jika di Jakarta, sentimen anti Malaysia memang masih menebak di sesetengah kawasan, tetapi di Bandung, orang Malaysia dialu-alukan. Walau bagaimanapun, tingkah laku nak dijaga.

 

Baiklah.. nantikan posting saya yang terakhir untuk siri Berjalan-jalan di Bandung. MR ada rancangan untuk datang lagi ke Bandung, nak tunggu tiket promosi Air Asia!