Berjalan-jalan di Muzium Bugis (Pontian, Johor)

 

image

Minggu lepas, MR sekeluarga berpeluang melawat sebuah muzium yang dinamakan sebagai Muzium Bugis, terletak di daerah Pontian, Johor. Lokasi muzium ini senang sahaja. Jika hendak ke sana, anda hanya perlu mencari jalan nak ke Tanjung Piai.

 

Sebenarnya MR ke Muzium Bugis ini secara kebetulan kerana destinasi sebenar MR ialah di Tanjung Piai. Satu lagi, walaupun MR pun orang berketurunan Bugis, tetapi tidak pernah nak ambil tahu tentang sejarah Bugis itu sendiri. Maka kebetulan ternampak signboard Muzium Bugis ini, maka MR perlu singgah, sebab nak tahu apa yang terkandung di Muzium Bugis ini.

 

Masuk ke Muzium Bugis ini adalah percuma dan tidak

dikenakan sebarang bayaran, tetapi sumbangan anda amat dihargai. Penjaga muzium itu berkata, terpulanglah kepada kita berapa yang kita nak letak dekat tabung derma itu.

 

Di muzium ini, anda akan melihat beberapa peralatan besi yang pernah digunakan oleh keturunan Bugis ketika menyerang musuh atau untuk mempertahankan diri. Juga dipamerkan beberapa pakaian tradisi Bugis yang masih lagi digunakan sehingga kini. Selain itu, terdapat juga salasilah keturunan orang Bugis dan beberapa gambar tokoh-tokoh terkemuka yang berketurunan Bugis. Paling terkini ialah muka Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, sebab dia tu pun Bugis.

 

image

 

image

 

image

 

image

Mengikut cerita sejarah, Bugis mula bertapak di Tanah Melayu ketika era pemerintahan Kesultanan Johor pada sekitar abad ke 17. Dengan kelemahan sistem pemerintahan Kesultanan Johor ketika itu, maka Bugis telah memainkan peranan yang penting kerana mereka lebih berkuasa daripada pemerintahahan Johor. Bugis juga telah menguasai kesultanan Johor secara tidak langsung, walaupun asalnya mahu membantu Sultan Johor daripada cengkaman Raja Kecil yang menuntut kesultanan Johor diberikan kepadanya. (Baca buku sejarah dulu arr…)

 

Bugis kemudiannya berjaya menguasai beberapa buah pemerintahan kesultanan Melayu secara tidak sengaja apabila berlakunya peperangan dengan Belanda (Holland) . Antaranya Selangor di mana negeri itu mengangkat Raja Lumu (anak kepada Daeng Chelak) menjadi Sultan pertama untuk negeri Selangor.

 

image

 

image

image

image

Sebenarnya banyak gambar dan fotoshot yang MR ambil untuk simpanan dan kenangan bila datang ke sini tetapi MR tidak dapa nak siarkan semuanya, takut nanti lambat loading page ini.

Bagi siapa-siapa yang mengaku dirinya keturunan Bugis, tak pun ada sedikit darah Bugis, apa katanya anda datang di sini untuk melihat ruang pameran yang ada di sini, sebab di sinilah anda akan kenal cara keturunan Bugis membangun.