Apabila Cinema tidak mahu menyiarkan filem Melayu……

 

Dalam hari Ahad yang lepas, MR sekeluarga bercadang untuk menonton filem Melayu yang sedang hangat di pasaran iaitu filem ‘Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit’. Kebetulan pada hari tersebut ialah sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan MR ada urusan sedikit di Bukit Indah, berdekatan dengan Taman Perling, Johor Bahru dan setahu MR, di AEON Bukit Indah ada sebuah cinema (pawagam).

 

Kami tiba di parkir AEON Bukit Indah pada pukul 1 petang, kononnya nak booking awal untuk tayangan jam 3 ke atas. Lagipun, dah lama MR tak meronda-ronda

di AEON Bukit Indah. Setibanya kami di cinema tersebut, macam biasalah jika hari perayaan, orang memang ramai. MR pun memanggil isteri untuk beratur membeli tiket. MR pun melihat pada skrin yang memaparkan jadual tayangan filem yang ingin saya tonton. MR agak hairan kenapa kebanyakan tajuk tayangan lebih kepada filem Mandarin dan filem antarabangsa? Mana filem ‘Husin’ tu? Beberapa orang yang berbangsa melayu yang pada mulanya beratur nak beli tiket kononnya, keluar dari barisan apabila menyedari tiada satu pun filem melayu dalam senarai tayangan.

 

“Aku heran le pawagam kat Bukit Indah ni.. satu filem melayu pun tak de… buang masa aku lagi nak pergi ke Skudai Parade! Apa le punya pawagam… Patut le ramai orang Cina je kat sini…….”, kata salah seorang pembeli tiket yang nyaris-nyaris nak beli tiket. Memang dalam senarai tayangan pada hari itu, tiada satu pun filem melayu yang tersenarai di pawagam tingkat 3, bangunan AEON Bukit Indah, sama ada filem Wawa Semput dan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Yang ada ialah filem barat, dengan filem Mandarin.

 

MR mengajak isteriku mencuba nasib di AEON Tebrau pula. Sebab biasanya AEON Tebrau sepatutnya ada tayangan untuk filem melayu. MR pun pelik dengan cinema kat AEON Bukit Indah ni.. Boleh le pulak tak ada filem melayu…. Apa kata Finas? Apa kata Persatuan Pengeluar  Filem Melayu Malaysia? Akhir kata, nak tengok filem melayu, jangan ke Bukit Indah, memang confirm tak ada.