Ulasan lirik lagu dan gitar tabs–Cerita Dia (Drama Band)

 

Untuk hari ini, lagu Cerita Dia nyanyian Drama Band menjadi pilihan MR untuk ulasan lagu dan gitar tabalature untuk memainkan ‘Cerita Dia’. Lagu ini pernah sampai ke peringkat semi-final Anugerah Juara Lagu 2012, tetapi gagal untuk ke final.

 

 

Lagu yang panjangnya hampir empat minit dan menggunakan key vokal yang tinggi untuk menyanyikan lagu ini. Mari kita lihat pada gitar tabnya dahulu.

 

Bagi yang tidak tahu kedudukan kod yang tertentu, di sini MR sediakan contoh, dipetik daripada Yourchord.com.

 

Jika Fadd9                                                                                     Bbm9

image  image

 

 

   Bb                                                                                                  C#m

imageimage

 



Intro: E, F# - Gm, Eb, G#minor. E, F#, Badd9.

Verse:
Fadd9 / F
Sempurna...
D#minor
Cerita yang tak sempurna
Bb
Apakah alasannya
Bbm9
Siapakah di hatinya...

Badd9 / B
Bahasaku...
D#minor
Mungkin tidak seindah
Bb
Lafaz kata pujangga
C
Namun ku bersumpah...

Chorus
Bb
Rela ku tunggu
C - C#m
Jawapanmu...
A
Masihkah aku ada
G#minor
Bb C
Di hatimu...saat ini
Bb C - C#m
Biar tubuhku kan terpaku
A
Biar jasadku
G#minor
Tak bernyawa lagi...
Bb
Sampai nanti...
F
Ooo...ooo..ooo

Solo: E, F# - Gm, Eb, G#minor. E, F#, Badd9.

Bb
Rela ku tunggu
C - C#m
jawapanmu...
A
Masihkah aku ada
G#minor
Bb C
Di hatimu...Saat ini
Bb C - C#m
Biar tubuhku kan terpaku
A
Biar jasadku...
G#minor
Tak bernyawa lagi...
Bb C
Saat ini..
Bb
Rela ku tunggu
C - C#m
jawapanmu...
A
Masihkah aku ada
G#minor
Dihatimu...
Bb C F
saat ini.(3x)





 



 



Lagu ini, jika jari jemari anda masih tidak mahir untuk menukar , terutamanya Bb dan C, diharapkan anda cuba memahirkan diri dengan bermain secara perlahan ya…!



 



Untuk review liriknya, boleh MR kata bahawa lirik lagu ini biasa sahaja, macam lirik lagu cinta yang lain? Sebab lirik lagu ini MR teringatkan sebuah lagu rock kapak sebelum ni, maksudnya hampir sama iaitu nak mengetahui apa yang ada di dalam hati kekasihnya yang tewas kepada jejaka yang lain kerana jejaka itu lebih ‘manis’ mulutnya berbanding dengan kekasihnya sebelum ini.



 



Lagu ini lebih kepada bertanya dan menunggu apa jawapan kekasih lelaki tersebut, siapa yang ada di dalam hatinya sama ada kekasihnya yang sekarang ini, ataupun orang lain….! Sebenarnya lirik ni tak ada le puitis sangat, tetapi Drama Band bijak mengolah melodi, menjadikan lagu ini menarik dan mudah… Kata orang, lagu ni memang ‘berhantu’… Setiap hari lagu ini dimainkan dan mendapat permintaan dari peminat muzik.