Tips Blogger : Yo Follow Me and I Follow You sudah tidak relevan.

Siri bercerita tentang nak menarik pengunjung ke blog masing-masing, sebenarnya banyak yang telah ditulis dan diperbahaskan oleh penulis-penulis blog, terutamanya penulis blog yang baru. Masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri untuk menarik penulis blog yang lain ataupun pembaca baru untuk membaca artikel yang disampaikan.Tetapi kebanyakan penulis blog muda berpendapat, antara cara paling pantas untuk menarik pengunjung ialah dengan menulis cerita sensasi dunia hiburan, tak pun dengan menghentam penulis blog yang dirasakan tidak sealiran dengan mereka. Cara tradisi pula, You Follow Me and than I Follow You.

Sebenarnya kaedah You Follow Me and I follow You sudah tidak memberi apa-apa lagi kesan secara langsung untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda. MR pun sudah lama tidak buat kaedah ini sebab merasakan yang orang yang kita follow tadi, mungkin akan kembali ke blog anda sekurang-kurangnya sebulan sekali dan bukannya tiap-tiap hari. Paling teruk ialah bila blog anda tidak dimasukkan ke dalam blogroll blog yang anda follow balik tadi, jadi tiadalah Backlink. Sedih gitu…!

Follow Me clip art

Adalah lebih bagus jika umur blog yang anda bina itu hampir setahun, lagi bagus anda mula belajar menulis blog dengan cara anda sendiri…. Maksudnya isi blog yang anda sediakan mungkin akan berguna kepada orang yang memerlukan maklumat. Jika anda pakar doktor cinta… (Ini contoh sahaja). Anda sudah boleh memulakan siri blog anda kepada blog Pakar Doktor Love! Sama juga jika anda suka pada pembaikan (repair) motorsikal, sudah tiba masanya anda beralih kepada cara membaiki motorsikal. Dan dari sini, pengunjung blog kita akan meningkat kerana anda memberikan maklumat yang berguna kepada mereka yang membaca. Dan akhirnya mereka akan FOLLOW blog anda.

Kepada yang masih tercari-cari apa yang nak ditulis, anda boleh menulis tentang diari hidup ataupun personal life (kerana MR juga bermula macam itu) tetapi sedikit demi sedikit cuba pula menulis tentang perkara yang lebih berinformasi. Mesti blog anda lebih menarik.