Tips Blogger : Cara menarik pengunjung ke blog kita!

means of transport 04 hd picture

Untuk menarik pengunjung ke blog kita, ini bukanlah suatu kerja yang mudah dan memakan masa jika anda masih baru dalam dunia blogger ini. Apa yang diperlukan di sini ialah KERJA KERAS anda untuk memastikan yang blog anda akan kerap dikunjungi. Selain menggunakan label (atau keyword) bagi memancing pengunjung, apa lagi yang kita perlu ada?

Sesebuah blog akan kerap dikunjungi jika anda mampu menyajikan cerita dan gaya penulisan yang ampuh. Seterusnya mereka akan sentiasa kembali ke blog anda kerana merasakan blog anda mempunyai maklumat yang berguna bagi mereka yang memerlukan maklumat tadi.  Contohnya blog anda menulis berkaitan dengan blog perniagaan. Blog anda memberikan tips-tips perniagaan dan juga peluang bisnes. Maka bagi mereka yang mahukan maklumat yang berkaitan dengan perniagaan, merekalah yang paling kerap berkunjung ke blog anda tadi.

Cara meningkatkan pengunjung blog : MR cadangkan supaya kita membuat entri atau posting yang memang dicari oleh pengunjung blog, tetapi bukannya untuk tujuan ‘Search Engine Optimization’ (SEO). Ertinya Search Engine sebenarnya tidak memerlukan kontens daripada blog yang anda tulis tetapi buatlah tajuk atau sesuatu artikel yang menarik dan bagus yang boleh membawa kepada pengunjung untuk membaca blog posting anda itu. Kalau kontens / posting itu bagus, confirm ramai pengunjung datang ke blog anda. MR akui ramai penulis blog yang membahaskan cara mengoptimumkan SEO, submit link, ping sana sini, blogwalking dan sebagainya, tetapi cara-cara tadi tidak semestinya berjaya membawa pengunjung untuk terus setia dengan blog yang anda tulis itu. Apa yang penting, kontens / posting yang ditulis mesti ada umphh! Kalau tiap-tiap hari asyik nak berblogwalking pun bukannya kau orang ada masa pun….! Paling kurang pun nak berblogwalking pergi 2 blog je… itu bukannya berblogwalking… Itu cuma bersinggah je kan?

Dari segi bab menulis artikel blog dimana postingnya ramai orang cari atau orang nak tahu, apa katanya kalau anda cuba menulis blog artikel berbentuk pillar (Pillar itu bermaksud tiang ataupun pasak)? Artikel pillar ini masih ramai orang cari kerana maklumatnya banyak berguna kepada orang yang memerlukannya, selain cerita gossip. Dan untuk pengetahuan, Artikel Pillar ini mampu memperkembangkan blog anda susulan daripada artikel pillar pilihan. Artikel pillar ini kalau anda betul-betul mahir, dan sekiranya artikel ini ramai yang membaca, maka blog anda sudahpun kukuh di pasaran.

Artikel Pillar seperti yang saya nyatakan di atas ialah artikel yang orang kerap cari bagi memudahkan kerja mereka tidak kiralah apa juga bidang pun. Antara contoh Artikel Pillar yang anda boleh tulis selepas ini:-

i.) Tutorial Windows 7 atau pun Windows 8, jika tidakpun aplikasi Microsoft Office. Artikel ini agak susah diperoleh dalam Bahasa Melayu.

ii.) Tentang sinopsis drama TV

iii.) Tutorial editing photo menggunakan Photoshop, jika tidak pun cara penggunaaan kamera DSR

iv.) Tutorial subjek Bahasa Melayu… kerana Bahasa Melayu antara subjek paling susah untuk pelajar yang menduduki SPM.

v.) Dan macam-macam lagi le….

Insya Allah jika saya berkesempatan, MR akan menulis seterusnya berkaitan dengan akaun Pillar ini.