Review Lirik lagu dan gitar chord : Suka Duka Kita (Spider)

Untuk posting kali ini (untuk label lirik dan gitar tabs), hari ni Mr.MR mahu membuat publish untuk review semula lirik lagu ‘Suka Duka Kita’ yang pernah popular sekitar tahun 2008 yang lalu. Lagu ini sebenarnya ada di dalam track ke 8 album Spider yang ke-4 iaitu Bintang 12. Jika anda tidak pernah mendengar lagu ini (Tipulah kalau tak pernah dengar…!) anda boleh mendengarnya di Youtube Channel. Banyak orang yang publish lagu ini di Youtube.

Tetapi macam biasa, jika ada lirik mestilah disertakan sekali dengan kod gitarnya. Lagu ini sebenarnya agak mudah dari segi Rythmm Kod. Tuning adalah secara standard E,A,D,G,B,E (dari tali tebal ke tali yang paling nipis). Belilah tali keluaran Gibson!

Bagi yang tidak mengetahui cara nak main kod B, gambarajah di bawah boleh membantu.

image

jari 1 = telunjuk, jari2=hantu, jari 3= manis, jari 4= kelingking (berapa kali le MR nak tulis kedudukan jari ni arr)

Credit : Chordbook

 

Intro  G  B  Em  C

       G            B
Mungkin suka duka hidupku
      Em         C
Sama dengan hidupmu
      G            B
Lalu kau pun terasa dekat
        Em      C
Dekat diriku sini


G  B  Em  C

       G           B
Bukan aku tak menghargai
   Em             C
Apa yang kau korbankan
     G            B
Tetapi ku sedih ku kesal
      Em         C
Atas sikapmu kasih
              G           B
pre c/o  Kau seperti memaksaku
                Em      C
         Dari rentakmu...

       

           G             B
c/o  Kerana kau yang menangis
             Em        C
     Kau mahu ku bersedih
          G          B
     Pabila kau bergembira
            Em        C
     Aku pun kau biarkan...



G  B  Em  C

       G              B
Kalau dah pun menapung debu
   Em           C
Sekalipun di langit
     G        B
Aku manusia biasa
      Em          C
Penuh cela dan silap

Repeat pre c/o and c/o

Untuk komen pada liriknya, hendak kata liriknya berpuitis, sebenarnya tak adalah puitis sangat pun. Cuma lirik lagu ni macam mendalam sedikit pada maksud tersiratnya. Contohnya pada korus lagu ini, “Kerana kau yang menangis,Kau mahu Ku Bersedih, Pabila kau gembira, Aku pun kau biarkan…” Maksud luarannya mungkin kita tahu bila kekasihnya menangis, dia mahukan pasangannya bersedih sekali. Tetapi maksud mendalamnya pula, Kekasihnya menangis hanya kerana mahu temannya mengasihaninya sahaja… tetapi bila dia bergembira ataupun dapat apa yang diimpikan, dia akan membiarkan sahaja pasangannya tadi.. langsung tak ambil peduli.

Tapi kalau dari segi strait to the point… lagu ini macam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kekasih yang menangis itu… sebab nak ikut rentak dia sahaja tetapi tidak memperdulikan pasangannya selepas itu.

Itulah komen saya untuk lirik lagu ini. Bagi yang suka menyanyi dan bermain gitar, saya rasa lagu ini amat sesuai untuk dimainkan pada rythmm gitar. Enjoy!