Nasib kamu le Lance Amstrong

image

Di antara cerita sensasi minggu ini ialah pengakuan Lance Armstrong di dalam sebuah rancangan temubual yang diacara oleh Oprah Winfrey. Lance Armstrong mengaku yang dia ada mengambil bahan terlarang ketika menyertai dan memenangi Tour De France (sebanyak 7 kali). Sebelum ini pun, Lance Armstrong sudah pun digantung seumur hidup apabila dirinya positif mengambil dadah selepas menyertai Tour De France kali ke 7 itu.

Apa ‘side effect’ akibat tindakan kejam Lance Armstrong akibat pengambilan dadah?

i.) Kebanyakan penajaan yang diterima oleh beliau telah ditarik balik. Jadi kehidupan mewahnya hampir berakhir.

ii.) Tour De France akhirnya dipandang sepi dan sinis. Kenapa selepas 7 kali Lance Armstrong memenangi perlumbaan baru hendak ‘detect’ dia mengambil bahan terlarang. Sudah tentu pelumba-pelumba yang lain marah. Penajaan terhadap Tour De France pun banyak ditarik balik.

iii.) Sukan Lumba Basikal pun mula dipandang sepi. Ada kemungkinan sukan berbasikal akan’terlucut’ taraf Olimpik. Jika ini benar, Malaysia dah tak perlu lagi menghantar Azizul Hasni pergi ke Olimpik.

iv.) Reputasi sukan berbasikal juga terus jatuh tergolek macam durian gugur ke tanah. Disebabkan manusia yang bernama Lance Armstrong, sukan berbasikal akan mengambil masa untuk membaiki reputasinya sebagai sukan ternama yang mampu memberikan sebutir pingat.

Nasib badan le kau Lance Armstrong!