Mr.MR sedang mengemas kini Blogroll.

image

Assalamualaikum dan Salam bahagia kepada peminat dan follower Blog MR ni. Mulai tahun 2013 yang sudah pun menjengah tiba, adalah dimaklumkan bahawa blog ini masih kepunyaan saya arr… Cuma konsep blog ini sudah pun berubah. Saya kalau boleh mahukan penulisan yang lebih berintegriti, berisi dan lebih berinformasi. Dah tak mahu menulis yang bukan-bukan lagi tanpa ada pengisian. Inilah janji saya untuk Mr.MR Blog dan diri saya sendiri. Dalam blog ini juga saya akan cuba menggunakan bahasa Melayu yang tidak berojak-rojak. Sebab dalam pengalaman saya, pengikut blog ini lebih suka saya menulis dalam standard yang biasa.

Yang perenggan di atas itu ialah pengumuman dari segi konsep. Mr.MR juga mahu memberitahu pengikut setia yang saya sedang dalam proses untuk membuang blogroll seperti gambar di atas itu. Bukannya niat untuk membuang Blogroll itu terus, tetapi saya hendak membuang mana-mana blog (yang pernah saya ‘follow’ ) yang SUDAH TAK AKTIF sejak setahun lalu. Pastikan blog anda masih aktif sekiranya mahu kekal dalam blogroll saya. Jika tidak aktif sudah, maka saya akan mengucapkan selamat tinggal pada blog yang saya follow tetapi dah sepi tanpa apa-apa berita.

Semoga kita terus aktif dalam dunia penceritaan blog ini. Kekalkan etika, tingkatkan mutu penulisan dan lebih bermaklumat.