Mari membuat Artiker Pilar

Seperti yang MR tulis pada posting Tips Blogger : Cara menarik pengunjung ke blog kita! , MR ada menyentuh berkaitan dengan Artikel Tiang atau pun Artikel Pillar. Artikel pillar ini boleh dijadikan sebagai ‘KPI’ bagi blog anda kerana Artikel Pillar ini sebenarnya lebih berdaya saing dan orang akan sentiasa cari kerana ia menawarkan informasi yang berguna bagi mereka yang memerlukan.

 

Artikel Pillar boleh menarik pengunjung untuk membaca beberapa kali kerana sumber maklumatnya yang jitu, walaupun kadang-kadang artikel ini tidak dipedulikan bagi sesetengah orang, tetapi artikel pillar inilah yang akan menjadi panduan kepada mereka yang mahukan informasi.

 

Antara ciri-ciri Artikel Pillar.

i.) Maklumat atau artikel tersebut sukar didapati di blog orang lain. Jika kandungannya hampir sama, tetapi gaya penyampaian serta butirannya adalah lebih terperinci jika dibanding dengan artikel biasa.

ii.) Gaya penyampaian yang agak tersusun dan tidak kelam kabut. Anda pun senang membaca artikel yang ditulis oleh tuan punya blog.

iii.)Artikel yang kerap menerima komen yang banyak.

iv). Artikel yang ditulis tetap popular dan senang dicari oleh enjin pencari web seperti Bing, Yahoo dan yang paling utama ialah Google.

v.) Paling penting, mesti mudah difahami oleh pembaca.

 

Anda boleh mencuba untuk menulis sebuah Artikel yang bersesuaian dengan kemahiran anda. Misalnya jika anda hebat di atas laut dan hebat menjala ikan (atau memancing), sudah tiba masanya anda cipta sebuah blog yang akan menulis cara-cara atau skill untuk mendapat hasil tangkapan yang banyak. Ramai kaki pancing di luar sana memerlukan informasi untuk memancing ikan toman di laut.

MR pun sedang bermula untuk menulis artikel yang lebih menarik dengan gaya penyampaian yang lain daripada biasa…! Nantikan beberapa artikel hasil nukilan sendiri oleh MR.