Mari cuba “Free Tools” Google Alert yang dapat memantau kata kekunci (keyword)


Berjumpa lagi kita di ruangan Tips Blogger kendalian MR. Semalam seharian MR tidak melihat blog kendalian MR ini kerana sibuk dengan tugas hakiki… tapi Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan juga atas keizinanNya. Untuk post hari ini, MR ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan ‘Free Tools’ yang berguna dan anda boleh cuba gunakan ‘Free Tools’ untuk memantau online, terutamanya bagi mereka yang suka bermain dengan keywords (Kata kekunci).


Untuk tujuan ini, MR mahu bertanya kepada anda, adakah anda suka bermain dengan Keywords itu sendiri? Jika jawapan anda ialah Ya!, maka MR merasakan yang anda patut cuba menggunakan ‘Google Alert’. Apa dia Google Alert dan apa dia kemudahan yang tool ini berikan kepada anda?

 


Kita sudah sedia maklum yang Google adalah sebuah enjin pencarian yang terbesar di dunia. Dia adalah pemegang ‘kuasa’ utama dari segi enjin pencari yang senang dan ringkas. Melalui Google Alert pula, jika anda seorang yang suka bermain dengan keyword, Google Alert ini akan memberitahu anda dari segi ‘monitoring’ sesuatu keyword tersebut. Contohnya begini, apabila anda masuk sahaja ke page Google Alert itu tadi, anda taiplah apa sahaja berkaitan dengan ‘keyword’ yang dipilih. Katakan anda menaip perkataan ‘Jutawan’. Maka Google Alert akan memaparkan sekurang-kurangnya 5 keputusan di paparan sebelah untuk result ‘Jutawan’ tadi. Tetapi MR menasihatkan anda supaya jangan hanya menaip perkataan ‘Jutawan’, sebaliknya tambahlah keyword itu kepada yang lebih panjang, contohnya Jutawan Muda, Jutawan Ternakan Kambing, Jutawan Blog dan contoh-contoh yang lain.
Untuk contoh yang jelas, MR memilih Jutawan Emas sebagai Keyword!
image
Google akan memberi contoh maksimum 5 keputusan untuk Keyword yang MR pilih. Disebabkan Google Alert ini sebenarnya memberi keputusan ke dalam email, anda kena letakkan alamat email anda. Selepas anda bersetuju untuk menerima monitoring keyword tersebut melalui email, Google akan memantau dan akan menghantar keputusan Keyword tersebut, setiap hari ke dalam mailbox.
Anda mesti cuba Free Tools ini jika anda adalah pemain Keywords. Percuma sahaja. Kalau anda tidak sukakan email atau malas hendak membaca email, anda boleh cuba Google Advert pula.