Lupakan Sahaja Blog IM Din Beramboi

[untitled[2].jpg]

Nampak gayanya, MR mahu mengumumkan bahawa kita perlu lupakan seorang lagi penulis blog dari dunia perniagaan internet, iaitu IM yang menggunakan nickname ‘Din Beramboi’ itu. Dahulu, pada dua tahun yang lepas MR ada menulis berkaitan dengan blog beliau kerana pada masa itu, blog Din Beramboi agak setahun tidak dikemas kini (no update at all). Sila baca posting saya 2 tahun yang lalu …http://www.mohdrizmanma.com/2010/06/apa-cerita-blog-im-din-beramboi.html

 

Kali terakhir saya melawat blog ini ialah pada pertengahan bulan Disember di mana blog ini sudah digantung (mungkin kerana tidak membayar sewa hosting web). Maka hari ini MR pun melawatlah blog ini pada jam 2 petang tadi. Tetapi keputusan yang MR peroleh adalah jawapan yang hampa. Blog ini seakan-akan sudah pun ditutup oleh pemiliknya.

 

Nampak gayanya kita sudah pun kehilangan seorang lagi penulis blog yang dahulunya suka memberi motivasi dan tunjuk ajar dalam dunia perniagaan internet ini, tetapi blog IM Din Beramboi hanya tinggal nama. Siapa yang tahu di mana penulis blognya ini berada sekarang?