Lirik dan Kod Gitar: Teman Pengganti (Black & Malique)

Untuk posting bagi label kod gitar dan lirik, hari ini MR memilih judul lagu yang mendapat persembahan terbaik di dalam Anugerah Juara Lagu 2013. Walaupun lagu ini tidak menang, tetapi lirik lagu yang mengisahkan tentang seseorang yang bakal menghadapi maut ini berjaya menghambat pendengar dan pecinta muzik tanahair.

 

Sebelum itu ingin MR ingatkan, lagu ini mesti tuning set pada standard tuning EADGBE.

 

Berikut ialah Intro solo lagu ini… Dibuat dalam bentuk

tab dan MR rasa anda boleh baca tab kan?

 

Intro solo :

 |---------------------------------------------------------|
|---7/11-10-11-10-11---7/11-10-11-10-11--10-8-6-6-4-3-4---|
|-7------------------7------------------------------------|
|---------------------------------------------------------|
|---------------------------------------------------------|
|---------------------------------------------------------|


 


 |---------------------------------------------------------|
|-8-6----------6/8/6------------------------------------3-|
|-----5-7-8-10-------5-7-8-10-7/8/7-5-7/8-7-5-5/7-5-3-2---|
|---------------------------------------------------------|
|---------------------------------------------------------|
|---------------------------------------------------------|


Solo lagu ini dimainkan pada tali ke 4, 5 , 6 (G,B,E) iaitu tali halus, bukannya tali bass.


 


Dan ini ialah chord lagu beserta dengan liriknya.


 


Am  
Ketawa bersama
Dm
Menangis bersama
G
Ku bersumpah harap kita
C E
Mati pun bersama

# Am Dm G C E (repeat)
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*
Am
Rahsia ini
Dm
Telah lama ku pendamkan
G
Tiba masanya
Segala-galanya

C E
Ku ceritakan

Am
Aku kan pergi
Dm
Pergi ku tak akan kembali
G
Tiba masanya
C E
Kau cari teman pengganti


 


# Am Dm G C E


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias

Kita tak terlepas dari terkena tempias


Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias


Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas


Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks


Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks


Bila dunia seolah tak memahami


Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir


Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir


Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal


Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal


70 000 hijab harus ku singkap


Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap


Dalam diam ada, seorang yang ku puja


Kau teristimewa tapi dia yang sempurna



 



# Am Dm G C E



Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan

Dalam persekitaran yang penuh kejumudan


Terperangkap dalam jasad, ku keliru


Mujur ada kau si peneutralisasi pilu


Namun aku tetap murung, berkurung


Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput


Komplikasi di halaman rusuk kiri


Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan


Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan


Jaga diri, jangan makan hati


Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti


Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi


Cincin, kunci, dompet dalam laci


Ada sikit wang, itu saja baki


Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti





Aku kan pergi

Bertemu kekasih abadi


Tiba masanya


Kau cari teman pengganti



 



Memang MR tidak dapat nafikan yang Malique mempunyai artistik yang cukup tinggi sebagai seorang penulis dan komposer kepada lagu teman pengganti ini. Dia boleh membayangkan orang yang dalam kesakitan dan menghadapi saat kematian, dan memberitahu kekasih hatinya (atau pun tunangnya) supaya mencari teman pengganti kepada dirinya. Lagu inilah menyebabkan fitnah tersebar yang menyatakan yang Malique sedang menghadapi sakit dan ada beberapa blog menulis yang Malique telah meninggal dunia, tetapi dinafikan oleh Malique.



Gandingan penyanyi yang lain, iaitu Black pun kena pada tempatnya kerana lagu ini pun menggunakan key tinggi. Apa pun supaya Malique sentiasa sukses dengan projek terbarunya walaupun tidak muncul dalam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.