Kononnya nak layak Piala Asia, tetapi heh heh heh

 

Agak terkejut kambing MR apabila membaca posting terkini dari blog http://pilihan-anda.blogspot.com berkenaan dengan pilihan K.Rajagobal (KRG) ni dalam senarai pemain-pemain yang dipilih untuk mewakili Malaysia dalam kelayakan Piala Asia 2013 . Hampir kebanyakan pemain yang dipanggil adalah muka-muka yang sama ketika bermain dalam Piala AFF Suzuki 2012 yang gagal dipertahankan oleh KRG. Nama-nama yang tidak dipanggil semula ialah seperti Safiq Rahim, Azmi Muslim, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Hazwan Bakri. Safiq Rahim tidak dipanggil kerana masih ada penggantungan kerana menerima kad merah ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia (menentang Singapura) pada 2 tahun yang lalu.

 

KRG juga langsung tidak memandang penjana tengah berbakat yang mampu memberikan umpanan baik kepada pemain penyerang seperti Ashari Shamsudin (Terengganu), Badri Radzi (Kelantan), Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), Nazmi Faiz Mansur (Beira Mar) mahupun yang dapat tempat ke-9 pilihan ESPN Ruzaimi Rahman.

 

Peliknya KRG baru nak memandang pada Nor Farhan Muhammad (Kelantan) yang mampu mencorakkan suasana kerja berpasukan. Memang sukar hendak memahami niat KRG memilih pemain ‘favourite’ dari memilih pemain yang berada pada tahap terbaik. Nampak gayanya KRG dan kita hanya mampu bermimpi hendak melihat Malaysia bermain di Piala Asia 2015 ni, kalau muka itu je yang main untuk negara tetapi performance tak sehebat mana! Alahai Malaysia…..

 

Senarai pemain yang dipilih oleh KRG dan geng-geng FAM!

 

http://sokernet.com/malaysian-football/senarai-pemain-malaysia-kelayakan-piala-asia-2015.html

 

Malas nak cakap lebih-lebih.. Nanti kena gantung dengan FAM 2 tahun.. Bak kata KRG : “SAYA KENAL PEMAIN SAYA”… ayat emas tu…!!