Ke mana perginya Sifu Lan?

sifu-lan

MR masih tercari-cari, manalah agaknya seorang lagi tauke IM yang tiba-tiba sahaja menghilang. Rindu rasanya hendak bertanya khabar dan melihat post-post yang terkini dari Sifu Lan atau nama sebenarnya Khairul Azlan. Muda lagi dia ni sebenarnya… Kalau dalam tahun 2013, Sifu Lan sudah pun berumur 30 tahun.

 

MR mengenali Sifu Lan sekitar tahun 2009, itupun melalui laman sesawang

WangCyber.Com, laman yang mengumpulkan beberapa orang yang suka mencari maklumat perniagaan Internet. Ketika itu saya cuba untuk ‘minatkan’ diri dalam perniagaan E-Bay. Sifu Lan ini pakar dalam permainan jual beli di Ebay ini, siap keluarkan produknya sendiri iaitu Panduan & Teknik Rahsia Ebay, sebuah Ebook karangan beliau. Gambar di atas itu ialah salah satu strategi Sifu Lan untuk memikat pembeli Ebook yang MR nyatakan tadi. Selain bisnes Ebay, Sifu Lan juga menawarkan program Affiliate bagi mereka yang berminat untuk bergabung bagi menjual Ebook ‘Panduan & Rahsia Teknik Ebay’ karangan Sifu Lan.

 

Tetapi itu cerita lama!

 

Apa cerita terkini Sifu Lan? Senyap je?

Blog dan laman sembang Sifu Lan yang beralamat di http://www.sifu-lan.com satu ketika dahulu mempunyai rating yang tinggi dan ranking yang baik dalam Alexa Rank. Tetapi apa dah berlaku pada Sifu Lan kini? Blog beliau kini sudah tidak lagi wujud. Hanya tinggal kenangan sahaja!

 

Apabila menjenguk Sifu Lan di Facebook, hmm sama juga! Dah lama tak update!

 

Kepada Sifu Lan, MR doakan yang terbaik bagi diri Lan walau dimana pun kamu berada. Tetapi hakikatnya orang akan memandang serong kepada Internet Markerting, terutamanya pada mereka yang dah ada nama seperti Sifu Lan… Orang yang terkenal di alam maya dunia perniagaan Internet akhirnya hilang entah ke mana!