Jalan-jalan ke Bandung (Part 3)- Restoran Kampung Daun

182379_2676693174477_543124520_n
Bersambung dari episod 2  Jalan-jalan ke Bandung (Part 2) Tangkuban Parahu, seterusnya kami dibawa oleh Pak Alan selaku pemandu pelancong kami seramai 10 orang untuk makan tengahari di sebuah restoran yang agak jauh dari kawasan Tangkuban Parahu, tempat dimana kami lawati beberapa jam yang lalu. Untuk ke restoran Kampung Daun ini sahaja sudah mengambil masa 1 jam dari Tangkuban Parahu


image
Peta satelit lokasi untuk ke Kampung Daun

Sampai sahaja di Kampung Daun, hujan mula turun sedikit demi sedikit, dari renyai-renyai hingga ke hujan lebat. Tetapi anda tidak perlu risau walaupun tiada payung, kerana orang Indonesia (terutamanya di tempat-tempat eksklusif) akan memberikan payung untuk anda memasuki restoran ini sehingga ke dalam. Tetapi payung tadi akan dibawa semula ke hadapan sebab banyak pelanggan yang hendak menjamu selera di Kampung Daun ini.

Restoran yang kami singgah ini ialah ‘Kampung Daun Culture Gallery and Cafe'. Sempatlah juga melihat dan mengambil beberapa fotoshot sebagai kenang-kenangan.

182379_2676693174477_543124520_n271194_2676692094450_763419876_n399362_2676692974472_384857405_n479744_2676692214453_67837064_n524867_2676732975472_760052702_n
Suasana di restoran ini mengingatkan MR kepada kampung halaman sendiri. Sekitar restoran ini dijaga dari segi kebersihannya dan mata pun sedap memandang kerana suasana kehijauannya. Apabila kita berada di dalam kawasan restoran pula, MR dapat mendengar alunan muzik jawa dan sunda dimainkan di dalam sekitar restoran ini.

Itu dari segi suasana. Bagaimana dengan menu hidangannya?

Mari kita lihat menu!

532409_2676731975447_882369812_n
Hendak kata macam-macam ada tu tidak juga. Nama makanannya pun pelik-pelik. Tetapi sebab dah lapar, kita order sahaja makanan yang hendak dicuba.. Dan inilah hasilnya.

425639_2676734535511_105054524_n546676_2676734615513_164278864_n563735_2676734255504_1918098240_n
MR lupa hendak tulis apa nama resepi ini. Cuma dapat ambil gambar sahaja.

Bagi sesiapa yang tidak pernah ke Bandung dan akan sampai di sana, rasanya anda patut cuba resepi ini di Restoran Kampung Daun ini. Makanannya boleh tahan sedapnya.