Jalan-jalan ke Bandung (Part 2) Tangkuban Parahu

Hari ini Mr MR akan menyambung pengalaman MR dan isteri serta beberapa orang guru yang menyertai percutian ke Bandung pada November yang lalu. Jika pada post yang lalu MR menulis mengenai panorama, tetapi kali ini MR akan menulis berkaitan tempat pertama yang kami lawati iaitu Tangkuban Parahu.

Sedikit info, Tangkuban Parahu terletak di sebelah utara Bandung, lebih kurang 30km untuk menuju ke sana. Sesuai dengan lokasinya, untuk menuju ke Tangkuban Parahu jalannya berbengkang bengkok dan agak sempit. Panaroma di sekeliling jalan ialah penempatan penduduk yang mana hasil utamanya ialah pertanian macam pokok pisang dan padi. Boleh nampak ada beberapa kawasan berbukit-bukit yang ditarah dan diubah suai untuk dijadikan penempatan dan pertanian.

Gambar di atas ialah jalan yang menuju ke Tangkuban Parahu, sempit dan berbengkang bengkok.

Sampai di sana, kena bayar untuk masuk ke Tangkuban Parahu, tetapi MR tidak berapa ingat jumlah bayarannya, iaitu bayaran untuk seorang pengunjung dan parking untuk Parisiwata Van yang kami naiki. Kalau tak silap dalam Rp45000.

Dan apabila sampai di parking, anda akan mendapati beberapa orang akan merapati van tersebut. Apabila pintu van dibuka maka mereka ini akan cuba memikat anda untuk membeli barang-barang dan cenderahati yang dibawa oleh si penjual ini. Anda akan berasa rimas kerana di kawasan sekitar Tangkuban Parahu ini, boleh dikatakan agak ramai yang mahu berjual dengan anda. Dan bagi yang kali pertama yang sampai di sini, anda akan membeli dua atau tiga barangan cenderahati seperti rantai, tasbih yang disaluti dengan batu dari gunung berapi, baju-baju dan key-chain . Untuk post ini, dengan jujurnya saya memberitahu bahawa anda tidak perlu membeli apa-apa pun di Tangkuban Parahu, kerana takut ditipu oleh kebanyakan si penjual di sana. Tengok muka memang kita tak tahu pun, tengok pun macam kasihan le pulak

Mengikut sejarah Tangkuban Parahu sendiri, kali terakhir berlakunya letusan larva di sini ialah pada tahun 1983 dan setakat ini, pergerakan di Tangkuban Parahu sebenarnya masih aktif tetapi perlahan. Beberapa geologis ada di tempatkan di sana untuk meninjau keadaan pergerakan tanah di kawasan tersebut.  Tangkuban Parahu bermaksud ‘Perahu yang diterbalikkan’ dalam bahasa Melayu, menurut orang yang MR tanya di sekitar kawasan ini.

Menurut lagenda, Dayang Sumbi telah mencampakkan anaknya Sangkuriang ke bumi kerana Sangkuriang telah membuat onar di kayangan. Sangkuriang membesar dan kemudian mahu pulang ke kayangan. Dia  bertemu semula dengan ibunya Dayang Sumbi yang masih jelita. Tetapi Sangkuriang tidak tahu yang Dayang Sumbi itu adalah ibunya sendiri dan jatuh cinta kepada Dayang Sumbi. Dayang Sumbi mengenali Sangkuriang itu adalah anaknya tak lama ketika Sangkuriang mahu berburu melalui tanda lahir yang wujud di badan Sangkuriang .Dalam usaha untuk mengelakkan perkahwinan di antara  Dayang Sumbi dan Sangkuriang, Dayang Sumbi meminta Sangkuriang untuk membina empangan di Sungai Citarum dan untuk membina sebuah perahu besar bagi menyeberangi sungai, kedua-duanya sebelum matahari terbit. Dayang Sumbi melihat bahawa tugas telah hampir siap dan memanggil pekerja beliau untuk menyebarkan kain sutera merah di timur bandar, untuk memberi gambaran matahari terbit akan berlaku. Sangkuriang telah tertipu, dan apabila mempercayai bahawa dia telah gagal, ditendangnya empangan dan perahu yang belum selesai, mengakibatkan banjir teruk dan penciptaan Tangkuban Perahu adalah dari badan perahu. Bagi MR, ini hanyalah mitos! Tangkuban Parahu yang MR lihat ni pun tak ada rupa macam perahu terbalik mahupun perahu yang karam.

Seperti yang saya katakan di atas, mana-mana pun anda berada, maka banyak penjual-penjual cenderamata merayu-rayu anda membeli barangan yang ada di tangan mereka. Saya nasihatkan sekali lagi… Jangan beli. Sebab bila anda kembali di Bandung, anda pasti menyesal beli. Beki kat Bandung lagiiii murah.

IMG_1024IMG_1020IMG_1016IMG_1028

Gambar di atas adalah rombongan kami. Sempatlah kami berposing sekejap sambil penjual-penjual tak jemu-jemu menunggu dan memujuk kami. Harga pecah telur katakan….!

Bagi yang kali pertama sampai dan melihat sendiri Tangkuban Parahu, pasti anda akan cakap tempat ni seram…! Bukannya seram macam mana pun… asap je lebih… tetapi bau belerang tak da le sekuat mana… dari dasarnya anda akan melihat air tasiknya yang jernih…!

IMG_1035IMG_1036

Kami meninggalkan Tangkuban Parahu selepas 3 jam di sana. Kami kembali ke Bandung untuk melihat factory outlet. Mr MR akan menulis pada post yang seterusnya tentang perjalanan kami seterusnya.