Dulu dan Sekarang : Ubat Gigi

Salam persahabatan untuk semua. Berjumpa kita lagi untuk posting pada hari Isnin yang indah 21hb Januari 2013 dan sudah 21 hari kita berada pada kalendar 2013. Apa pencapaian anda pada hari ini, ada bagus?…

Topik kali ini MR mahu mengimbau zaman kanak-kanak dahulu, benda yang kerap kita gunakan setiap hari… Pabila pagi, tengahari dan malam kita memerlukan benda ini bagi memastikan mulut kita tidak berbau. Apa lagi…? Ubat gigi lah….

Sebenarnya, dari mana ubat gigi itu mendapat nama? Sampai sekarang MR tidak pasti dan kalau MR tanya pada rakan-rakan lain, confirm macam-macam

jawapan keluar… sebab dia boleh melawan penyakit gigi, boleh menjaga gigi, bagi perlindungan dari bakteria dan macam-macam lagi.

Kalau zaman MR kecil-kecil dulu pada sekitar akhir 90-an, ubat gigi berperisa manis untuk kanak-kanak pada masa itu baru nak muncul. Dahulu ramai kanak-kanak sekitar tahun 80an dulu gunakan ubat gigi yang digunakan juga oleh ibu bapa masing-masing. Tetapi apabila berlaku kes kanak-kanak tertelan ubat gigi berfluorida (Fluorida ini sebenarnya bahaya untuk kanak-kanak)  sehingga ada yang kena kes sakit mulut, maka banyak syarikat pengeluar mula keluarkan produk berperisa manisan sedikit, tetapi berfungsi untuk membersihkan gigi dikhaskan kepada kanak-kanak. Tetapi jenama yang popular masa itu ialah Colgate le… KODOMO Lions belum menerjah ke pasaran.

Pada zaman saya membesar, rasa ubat gigi dahulu tidak sama dengan rasa ubat gigi yang sekarang ini. Dulu, ubat giginya rasa pedas dan memerit lidah kerana kandungan fluorida yang tinggi. Pada masa itu, perisa standard yang ada cuma jenama je lain-lain. Jenama yang ada dan paling popular pada masa itu ialah Colgate dan Darkie (sekarang Darlie). Dua jenama popular ini saling bersaing antara satu sama lain dan kerap muncul diiklan-iklan TV1 dan TV3. Rasa ubat gigi Darkie ada sedikit berbeza dengan Colgate. Darkie agak perit pada lidah tapi sedap bila digunakan, Colgate pula rasa standard je… Harga? Rasanya harga ubat gigi yang bersaiz 250gram boleh diperolehi dengan harga sekitar RM3 dan RM4.

Pada zaman 2013 ini, dah macam-macam jenama yang keluar di pasaran, baik yang dari dalam negara pun ada, dari luar pun ada. Contohnya FreshMint, Darlie, Safi, Zaitun (macam dah lama tak nampak di pasaran), Hi-Smile, Mukmin, HPA Alami dan yang paling lama sudah tentulah Colgate. Dan macam-macam perisa pun ada, contohnya kayu sugi, perisa Mint, perisa tea hijau dan macam-macam perisa lagi. Malangnya persaingan pun banyak di antara jenama ini. Harga bagi 250gram sekarang adalah di atas RM8. Dah tak ada kalau nak cari bawah RM4 bagi berat kandungan 250gram. Ada juga yang boleh dipertikaikan keberkesanannya bila kita gunakan ubat gigi berkenaan. Ada kes, giginya rosak apabila menggunakan jenama XXXX.

Itulah imbauan MR terhadap ubat gigi, dulu dan sekarang. Nantikan post MR yang akan datang untuk perihal dan kandungan yang lain pula…

Akhir kata, jadilah diri sendiri…