Blogger di Malaysia semakin meriah!

Di tahun 2013 ini, MR perhatikan di awal-awal tahun ini, semakin banyak blog-blog baru (yang berbahasa Melayu) muncul di alam internet ini. Hmm apa yang saya boleh perkatakan ialah ‘Hidup Melayu’… ‘Hidup Melayu’…’Hidup Melayu’…. Jangan Layu….!!! Moga-moga pada siapa yang mula berjinak-jinak dalam dunia berblogging ini, harap anda teruskan apa yang anda hendak tulis dan apa yang anda mahu luahkan dalam dunia penulisan blog ini, asalkan tahu apa batas-batas yang perlu diikuti dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Tahun 2013 ini, dunia blog baru bukan sahaja meriah dari segi pertambahan blog-blog yang berbentuk personal, tetapi banyak juga blog-blog baru yang keluar dalam banyak genre. Ada genre bolasepak, genre muzik, genre blogshopping, genre MLM, genre insurans dan bermacam-macam lagi. Tetapi yang paling banyak keluar di dunia internet ialah genre politik. Cuma MR terus terang ingin menyatakan, MR sudah tidak berminat hendak tulis apa-apa pun berkaitan denga politik dan bosan dengan sesetengah blog yang suka bermain dengan bahasa yang tidak elok sebagai orang Melayu. Oleh itu, bab politik MR mahu buangkan jauh sedikit dari pemikiran kepala otak MR.

Tahun 2013 ini juga MR pasti, banyak blog baru akan lebih menyerlah. Percaya atau tidak, banyak blog baru dikuasai oleh penulis wanita dan pastinya jika kita tengok biodata penulis blog tersebut, hmm kita pun macam tidak percaya yang blogger wanita lebih dominan. Kebanyakannnya selain blog personal, mereka menonjolkan fesyen, hobi, blogshopping tudung, jubah, buat resepi, kek lapis dan banyak lagi yang berkaitan dengan wanita itu sendiri. Memang meriah kedatangan penulis blog wanita baru ini.

Tetapi bagi orang lama, harap anda semua tidak tergugat dengan kedatangan penulis blog yang baru ini. Inilah rencah kehidupan kita. Ada yang lama, ada yang baru…. Semoga di tahun 2013 ini, lebih ramai penulis blog baru dan akan kekal maintain blog masing-masing… Dan janganlah hanya berharapkan orang klik pada Nuffnang masing-masing. Kena usaha lebih…!!!

Jumpa lagi pada posting yang lain pula!