Berjalan-jalan ke Bandung (Part 5) Pasar Baru

Pasar Baru Bandung

Salam muhibbah dari MR untuk semua… Cerita MR ketika di Bandung belum pun tamat lagi… Dan kali ini adalah bahagian ke lima dari siri ‘Jalan-jalan ke Bandung’ ketika MR mengikuti rombongan keluarga dari guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. (Walaupun MR sendiri bukannya guru).

 

Pasar Baru Bandung ataupun nama penuhnya Pasar Baru Trade Centre terletak di tengah-tengah Bandung, dan lebih kurang 10km dari tempat penginapan kami. Jika 10KM dan traffic jam tidak diambil kira, maka kita boleh sampai dalam  jangkamasa 15 ke 20 minit.. Tetapi macam biasa, jalan-jalan utama dan jalan-jalan bukan utama tetap sibuk, maka kami

sampai di Pasar Baru dalam jangkamasa 45 minit dari tempat penginapan kami.

Setibanya rombongan MR di sana, yang paling gembira ialah orang-orang perempuan le… di sini macam-macam busana ada… ada kain sulam, ada kain jubah, nak beli telekung pun boleh… Isteri MR pun suka melihat warna-warni telekung dan kain sulam yang ada di sini kerana banyak pilihan… sebab kedai yang menjual pun akan cuba memikat pelanggan dengan tawaran yang cukup rendah. Di sini pun boleh tawar menawar harga.. sehingga PECAH TELUR…!  Pada hari pertama MR tiba di Bandung ini, hanya pada hari ketiga MR baru faham apa yang dimaksudkan dengan harga PECAH TELUR…! Inagtkan pecah telur tuuuu.. Sebenarnya PECAH TELUR di sini bermaksud harga paling rendah yang boleh ditawarkan pada sesuatu barangan…

 

IMG_1096IMG_1094

 

Orang perempuan Malaysia suka jika tengok kain sulam ni… Di Bandung lebih murah daripada yang dijual di JAKEL

 

Di Pasar Baru ini, bukan sahaja kain sulam, macam-macam benda yang berbentuk tekstil ada dijual di sini, contohnya kalau nak baju berbentuk cenderahati Bandung, baju jubah, telekung, sejadah, topi jawa, songkok jawa, beg tangan, dan sandal. MR nasihatkan kalau datang di sini, paling kurang pun anda akan kehabisan wang sebanyak Rp 1 Juta (Duit kita lebih kurang RM1300)… Bayangkan kalau di Malaysia, sepasang jubah wanita dijual dengan harga RM80 hingga RM120, tetapi jika di Pasar Baru, jubahnya sekitar RM40 sahaja.. (boleh beli lagi sepasang).

 

MR ada juga berbual dengan salah seorang tauke cina Indonesia, kata beliau kebanyakan pelanggan yang datang ke Pasar Baru ini rata-ratanya majoriti adalah orang Malaysia yang biasanya beli secara pukal (borong). Jarang ada yang datang hanya beli sepasang dua kain sulam! Dan biasanya mereka akan datang paling kurang 2 kali setahun untuk bershopping di Pasar Baru. Memang betul pun, rata-ratanya yang datang berkunjung ke Pasar Baru adalah rakyat Malaysia. MR sempat berkenalan dengan beberapa pengunjung yang datang dari Malaysia. Ada yang dari Selangor, Kelantan, Johor, Kedah dan Perak. Kebanyakan yang datang adalah yang 1st time. Kata mereka, shopping di Bandung lebih menyeronokkan kerana lebih banyak pilihan. Kata mereka juga, wang cepat habis bila tiba di Pasar Baru.

 

IMG_1095pasar-baru-trade-center

Bagi MR, pandai-pandai le engkau mengawal nafsu, beli apa yang patut sahaja…

 

Tetapi ada sesuatu yang tidak best di sini ialah penjual-penjual yang menjual air (air tin dan air kotak diletakkan di dalam bekas)… Air yang dijualnya mahal le.. Air tin Nescafe kalau di Malaysia boleh dapat RM2.00, tapi kat sini setin air dijual RM5. Hampeh…!!

 

Satu lagi… kalau anda mengajak wife anda balik… memang liat sebab mereka cakap mereka tak paus lagi nak memusing (kalau boleh nak tawaf satu bangunan) sebab banyak pilihan… Ya le tu..!!!