Asyik diulang cerita yang sama sahaja… Apa ni ASTRO?

“Aku bengang le Man? Aku macam nak potong je bil ASTRO aku…!", kata kawan karib MR ketika sama-sama sedang merehatkan diri di bangku simpanan pekerja (kat tempat kerja le ni..!).

“Apa yang kau bengang dengan ASTRO sampai kau nat main potong je…? Astro kan best? Rumah kau bukannya terang tengok TV pakai ariel!”, saja nak sedapkan hati si Syafiq, yang tengah bengang dengan ASTRO.

“Sejak 2, 3 hari ni, aku dah nak malas tengok TV, macam channel 104, 105 dan 106 tu (RIA, PRIMA, OASIS), aku tengok  asyik cerita tu jer yang diulang-ulang. Macam dah tak de cerita je…, baik aku layan cerita Indon je yang terang kat rumah aku tu…”, bentak Syafiq.

MR tidak tahu sama ada Syafiq benar-benar memotong bil ASTRO tu… Marah betul nampaknya. MR rasa dia marah sebab sebenarnya dia jarang tengok TV.. tapi bila balik bekerja dan selepas itu dia melihat cerita yang sama sahaja yang diulang siar, rasanya macam tak berbaloi melanggan ASTRO. Masa dia memberitahu niat dia sebelum nak memotong bil ASTRO itu, MR berpesan kepadanya jika ariel TV kat Taman Scientex (tempat dia tinggal dan MR pun duduk kat situ daaa….) boleh dapat siaran tempatan yang jelas, nak potong, potong le… Tapi kalau tak terang, buat je bayaran basic RM35. (maksudnya potong yang channel tak perlu, ambik pakej biasa).

ASTRO ni pun satu hal juga… kadang-kadang pun MR bengang juga kalau setiap hari, asyik cerita itu je… wei bosan lah…