Artis hari ini : Mon Ryanti

tumblr_m3zymx153o1qi47k6o1_500

Mon Ryanti (lahir sebagai Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee ) merupakan seorang pelakon berbakat yang dilahirkan oleh Metrowealth Production (MIG). Mon Ryanti kerap muncul di kaca televisyen untuk drama dan yang terkini dan sehingga blog ini ditulis, Mon Ryanti muncul dalam drama Diari Platun ( ASTRO ) memegang watak Mona.

 

Mon Ryanti merupakan anak kepada Muhammad Sahudina Lee di mana bapanya adalah berbangsa Cina manakala ibunya adalah melayu. Dilahirkan di Johor Bahru (JOHOR), Mon Ryanti adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Akaun & Kewangan, Kolej SeGi, Damansara.

Mon Ryanti memulakan karier sebagai seorang model dan seterusnya ditawarkan untuk berlakon di dalam drama, telemovie dan filem selepas menjadi wajah poster bagi filem V3 – Samseng Jalanan.

Walau bagaimanapun, Mon Ryanti memilih untuk menyertai MIG dan melibatkan diri dalam dunia seni lakonan.

Senarai Filem lakonan Mon Ryanti : Jangan Pandang Belakang Congkak, Senario Beach Boy, Mantera,Keramat, Hantu Dalam Botol Kicap, Nongkrong, Hanya Aku Cinta Kau Seorang - HACKS , Assalamualaikum Cinta dan Aku Terima Nikahnya.

Mon Ryanti belum pernah memegang watak utama dalam kebanyakan filem yang disertai dan semua filemnya adalah terbitan MIG Production.

 

Diari Platun adalah drama terkini yang disertai oleh Mon Ryanti.

Galeri foto Mon Ryanti :-

Kredit : Mediamalaya.com untuk foto, MIG Prod untuk foto, Rentakartis.com untuk foto dan sedikit info, Buzzera.blogspot.com dan blogkencang.com untuk info. Info berkaitan dengan Mon Ryanti amat dialu-alukan daripada follower jika ada dan benar.