Artis Hari Ini : Fezrul Khan (Biodata Ringkas dan Photo)

Fezrul Khan (lahir 24 September 1982, Kuala Lumpur) merupakan seorang pelakon dan pengarah. Beliau dikenali kerana mampu membawakan pelbagai genre dan seringkali diberi peranan utama sama ada dalam bentuk antanogis atau protanogis. Filem terbaru di pasaran (Minyak Dagu-2013) adalah filem terkini lakonannya dalam bentuk Antanogis.

Terkini Fezrul Khan lebih kerap berlakon dalam filem keluaran syarikat MIG, milik David Teo kerana syarikat ini kerap member peluang kepadanya untuk berlakon drama mahupun filem keluaran MIG. Filem ‘Minyak Dagu’ arahan Azhari Zain merupakan sebuah filem keluaran MIG. Sebelum ini, Fezrul ditampilkan bersama dengan Yana Shamsudin dan Intan Ladyana dalam drama ‘Bini-biniku Perkasa’ juga keluaran MIG.

Sebelum menjadi artis residen MIG, Fezrul Khan banyak berlakon dalam beratus-ratus drama keluaran syarikat tempatan yang lain. Kebanyakan drama yang melibatkan Fezrul lebih banyak drama berbentuk drama berat dan drama berantai (drama yang mempunyai beberapa episod)

Antara senarai filem lakonan Fezrul Khan:

2013 :Cerita Kita - (Pelakon Utama)

2013 :Minyak Dagu - (Pelakon Utama)

2012 :Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS) - (Pelakon Utama)

2012 :Sumpahan Kum-Kum - (Pelakon Utama)

2004 :SH3 The Movie - (Pelakon Pembantu)

Poster filem Minyak Dagu dimana Fezrul Khan membawa watak utama

Fezrul Khan berkahwin pada tahun 2012 (isteri : Noorhafizah Zulkafli) tetapi perkahwinannya tidak dihebohkan kepada peminat-peminat beliau.