Artis Hari Ini : Biodata Ruzana Ibrahim gagal dicari di Search Engine

Kalau diikutkan, sebenarnya MR hendak menulis sedikit info berkenaan dengan salah seorang artis wanita ini yang agak boleh tahan rupa parasnya dan bakatnya tetapi maklumat berkenaan dengan diri Ruzana Ibrahim ini agak kurang di Internet. Pelakon yang mula menempah nama setelah memegang peranan utama dalam siri drama PERSONA SUKMA ini sebenarnya bermula sebagai penyanyi.

Nadia Aqilah, Eanaz dan Ruzana dalam Lucious

Ruzana Ibrahim bermula di bidang seni ketika masih menuntut di salah sebuah kolej swasta tempatan. Ruzana menyertai pementasan teater muzikal, Puteri Gunung Ledang the Musical pada tahun 2006. Setahun kemudian, Ruzana telah dipelawa untuk menyertai Lucious (bersama dengan Nadia Aqilah Baijuri dan Nur Shafinaz Mokhtar) dan Lucious berjaya dalam edition untuk menyertai pertandingan Gang Starz pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, Ruzana dan kawan-kawannya disingkir di minggu kelapan.

Lucious sempat merakamkan singles mereka dengan Stanley Music dan lagu mereka yang popular antaranya ialah ‘Khabarkan’ dan ‘Angan’. Selepas itu Lucious tidak bergerak aktif disebabkan ketiga-tiga mereka lebih memberi tumpuan kepada lakonan.

Ruzana Ibrahim sudah pun berlakon dalam beberapa buah drama dan antara drama popularnya ialah Skuad D6 Putrajaya dan Persona Sukma adalah drama dimana Ruzana telah memegang watak utama. sebagai Sukma.

Jika ada update pada posting ini berkenaan dengan Ruzana Ibrahim, MR akan updatekan semula post ini