Apabila tiada input memposting!!

Terus teranglah MR katakan, kebanyakan penulis blog sekarang akan mencapai satu tahap di mana dia sudah tidak boleh memikirkan apa yang perlu ditulis . Dan secara ikhlas MR katakan yang MR pun ada sampai satu tahap, tidak mempunyai idea langsung untuk menulis posting.

 

Bagi rakan-rakan penulis blog yang lain, apakah yang anda akan lakukan jika tiada apa yang hendak ditulis? Ada yang bagi cadangan dengan mencari artikel orang lain, kemudiannya diedit sedikit sebelum publish ke blog. Ada juga yang memberi cadangan dengan ‘mencopy paste’ artikel orang bulat-bulat, kemudiannya diberi kredit kepada tuan punya blog yang mana kita dah ‘copy paste’kan tadi.

 

 

Kalau bagi MRlah… dua cara tadi nampak gayanya tidak sesuai langsung. Memanjang nak tiru orang punya artikel je… dekat mana identiti blog kita tadi kalau macam itu caranya?

 

Bagi MR, jika tiada apa yang hendak ditulis (bagi mereka yang suka menulis artikel), maka lebih eloklah jika kita berehat dari menulis apa-apa pun… janji otak kita tenang… barulah senang hendak berfikir! Jadilah diri sendiri, dari kita tiru orang lain, biar orang yang meniru gaya penulisan kita… Bukan begitu? Statement MR ini mungkin ramai yang tidak bersetuju, tetapi sebenarnya MR dah pun merasai yang banyak artikel MR sebelum ini pun dah ramai yang mencopy pastekan dan masuk ke blog mereka. Ada yang minta kebenaran dulu tu OK le jugak… tapi ada yang main bantai je…. Itu yang ada sedikit bengang tu..

 

Bagi MR, senang sahaja… kehidupan mesti diteruskan, begitu juga dengan jatuh bangunnya blog MR ini. Tak ada idea, kita relax dan tengok TV…! Baik you all semua tenang-tenangkan fikiran. Malam ini pun malam Jumaat. Bacalah Surah Yassin…..