Apa cerita ni Permata Hijrah?

Salam muhibbah kepada semua!

Yang MR tulis kat atas itu ialah soalan. Apa cerita dengan Permata Hijrah sekarang? Dahulu kalau 2 tahun ke belakang, syarikat Permata Hijrah yang mengeluarkan produk Toner Mata ini kerap berada di mana-mana ekspo perniagaan. Tidak lupa jika ianya diadakan di Johor Bahru, maka pasti ada booth Permata Hijrah. Iklan-iklan di newspaper, tak pun kat TV3 kerap keluar juga Permata Hijrah ini. MR pun ada juga membeli produk yang dikeluarkan oleh Permata Hijrah. Laman web Permata Hijrah ketika itu (www.permatahijrah.com) masih lagi aktif.

Tetapi itu cerita lama…!

Kalau tahun lepas, jika ada mana-mana ekspo perniagaan yang diadakan, MR dah tak nampak lagi Permata Hijrah. Memang sukar nak cari booth company ni yang popular dengan produk matanya. Ada dakwaan mengatakan yang Permata Hijrah disiasat kerana menggunakan substance yang tidak sepatutnya dan boleh merosakkan mata dalam jangka masa yang panjang, Kiranya penyakit kronik le macam tu? Ada dakwaan mengatakan bahawa produk Permata Hijrah itu sebenarnya bukan boleh menyembuhkan penyakit rabun atau pun yang berkaitan dengan apa juga penyakit mata… tetapi lebih kepada SUPPLEMENT! Laa supplement mata rupanya.. Dan peliknya sebagai syarikat gergasi untuk Toner Mata, kenapa website mereka ditutup?

Jadi, bagi mereka yang masih berminat untuk mendapatkan produk Permata Hijrah, anda boleh lawati halaman web barunya itu di www.permatahijrah.net, tukar Dot Net jeee…. dan patut le dah tak nampak booth Permata Hijrah ni… sebab dikhabarkan kepada MR, Permata Hijrah sendiri mahu memasarkan terus produk mereka tanpa melalui Reseller / Ejen pengedar kerana Ejen Pengedar didakwa tidak memberikan penerangan yang betul tentang produk yang dikeluarkan oleh Permata Hijrah.

Baiklah, MR tak mau nak komen lebih-lebih kerana MR pun dah tak beli produk mereka ni pun, susah nak cari di pasaran kerana tak ada ejen/pengedar yang menjual kat Pasir Gudang… Wassalam!