TV3 yang suka memotong!!!

Saya semakin tidak suka untuk menonton TV3.

Kenapa saya semakin tidak suka menonton TV3?

Kononnya untuk sambutan tahun baru, TV3 ada menyiarkan filem-filem menarik untuk ditonton sejak hari Isnin. Pada malam berikutnya, TV3 ada menyiarkan filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ lakonan Awie dan Ummi Nazirah. Walaupun sebelum ini saya pernah menonton filem ini di pawagam, tetapi entah kenapa saya macam nak menonton semula siri ini.

 

Tetapi terus terang saya katakan, filem melayu je kalau kat TV3, mesti ada babak tertentu yang dipotong dalam filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’. Kalau setakat dua tiga adegan yang dipotong, tak apalah lagi… Tapi masalah TV3 ni, kerana nak cari untung, TV3 sanggup memotong hampir 10 adegan atau babak, menyebabkan filem itu tak menarik nak ditonton. Dari mula sampai habis dipotongnya jadi malam tersebut saya menyaksikan cerita ‘Hantu Kak Limah’ yang ‘SAMPAH’, bukannya cerita yang original kerana banyak babak dipotong.

 

Cerita 2 jam lebih, jadi 1 jam setengah je…. lebihnya disiarkan iklan dengan jumlah masa 1 jam 15 minit untuk iklan aje… bayangkan, kormesial break je sekali confirm ambik masa 10 ke 15 minit. Ini ke yang kita mahu sebenarnya?

 

Nasihat saya, kalau ada siaran filem yang disiarkan di TV3, lebih baik tak payah tengok… Buang masa je…!