Suatu ketika : Menjadi penyokong setia Johor FC (2008~2010)

Gambar kat atas tu ialah team Johor FC sekitar tahun 2010. Nampak tak muka Nurul Azwan Roya ketika zamannya masih hensem? Begitu juga dengan muka Eddy Helmi Abd Manan sebelum cedera dan terpaksa memakai scrum cap sehingga sekarang.

 

Kali ini entri saya mahu mengimbau kenangan saya ketika menjadi peminat setia pasukan Johor FC sekitar tahun 2009 dan 2010. Jika ada perlawanan yang membabitkan Johor FC dan bermain di Pasir Gudang, kadang-kadang saya akan ke stadium untuk menyaksikan Johor FC bermain.

Walaupun Johor FC tidaklah sehebat mana ketika itu, tetapi permainan pasukan Johor FC sekitar dua tahun tersebut boleh tahan lee… Sekejap menang… sekejap kalah. Tetapi pasukan Johor FC terlalu kerap kalah. Pada tahun 2010, kalau tak silap Eddy Helmi pun dah start pakai scrum cap, kesan daripada kecederaan yang dialaminya dalam salah satu perlawanan yang membabitkan Johor FC.

 

Orang Johor cakap, Johor FC lebih hebat daripada pasukan abangnya Johor. Jika kita ke Stadium JCorp yang tak seberapa itu, jika ada perlawanan yang membabitkan Johor FC, paling kurang jumlah penonton yang datang menyaksikan perlawanan  ialah sekitar 3000 orang. Paling ramai yang saya ingat ialah ketika Johor FC masuk semi final Piala Malaysia lawan Negeri Sembilan, ada le dalam 20000 orang yang hadir menonton perlawanan. Tetapi Johor FC gagal ke final.

 

Jika ke stadium tu biasa le.. ada yang menyokong…. ada juga yang mengutuk pemain. Jika kalah je, confirm pemain-pemain Johor FC akan dikutuk oleh penyokong sendiri. Paling teruk pemain dilempar dengan bekas-bekas botol minuman. Tetapi pemain Johor FC tetap bersabar. Tahun 2011 dan tahun 2012 nampak gayanya bukanlah tahun untuk Johor FC menyinar, macam-macam masalah yang timbul di antaranya ialah penyakit tak dibayar gaji ( tetapi Johor FC paling teruk pun 3 bulan tak ada gaji…), kecederaan pemain, pertukaran jurulatih dan taktikal yang salah setiap kali di padang. Walau bagaimanapun, sebagai salah seorang ahli kelab peminat ketika itu, saya berpeluang berkenalan dengan beberapa pemain dan bekas pemain, diberi peluang untuk melihat mereka berlatih dan juga beramah mesra dengan mereka.

Johor FC line-up, Malaysia

Johor FC musim 2012

 

 

Tapi itu adalah cerita lama.

 

Kali ini tiada lagi Johor FC yang memakai semangat Oren!

Kalau dulu Johor FC dikenali dengan Sang Lebah, tetapi untuk musim 2013 ini, Johor FC sudah dimiliki oleh PBNJ, bukan lagi Johor Corporation. Johor FC kini dikenali dengan Johor Darul  Takzim dengan nama panggilannya Harimau Selatan. Main pun kat Larkin.. Malas aku nak pergi..! Dan nama pasukannya pun dah jadi kontroversi… mula-mula kata nak kekalkan nama Johor FC, lepas tu ditukar kepada Kelab Johor Darul Takzim, akhirnya jadi Johor Darul Takzim.. Apa niii?????????

 

 

Anyway… Selamat Maju Jaya Harimau Selatan!