Singapura dah jadi Juara Piala AFF Suzuki 2012


Walaupun Singapura tewas di Thailand malam tadi (1-0), tetapi mereka tetap menjadi juara dengan agregat 3-2 kerana Singapura dah membawa bekalan selesa 3-1 sebelum itu…
Alahai, si Gajah Perang akhirnya tertunduk malu dengan Sang Singa selepas rebah dicakar di Stadium Jalan Besar.

Singapura dah pegang piala ni untuk kali ke-4. Diulang semula, kali ke 4 ok… Harimau Malaya? Hmm sepanjang kejohanan ini, bukannya saya nak mengutuk, tetapi skuad HM kita untuk tahun ini memang hampeh dan mengecewakan. Taktikal Rajagobal dan cara pemain HM bermain mudah dibaca lawan. Tengok sahaja masa HM kalah dengan Singapura dan Thailand. Malaysia pernah bertemu lawan yang sama pada tahun ini tetapi baik pemain atau jurulatih tidak mampu untuk mengalahkan kedua-dua pasukan ini. Maka dengan ini Sang Singa adalah juara Asia Tenggara buat masa ini. Ranking Singapura confirm naik bertingkat-tingkat.

Baiklah, cakap banyak dah tak guna… Dan Harimau Malaya dan Rajagobal harus berubah. Malas nak dengar alasan “Saya kenal pemain saya!” tak pun ramai pemain utama cedera… Habis tu buat apa bereksperimen?