Piala AFF Suzuki.. Singa selangkah lagi menjadi juara…!

IMG_1173
Malam sebelumnya, saya sempat menonton final perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012 di mana pasukan Thailand menentang Singapura di Stadium Jalan Besar dan siaran langsung oleh RTM. Ketika saya mula menonton tu.. Singapura dah pun di depan 1-0. Singapura telah menang perlawanan ini dengan jaringan 3-1 dan ini adalah bekalan selesa Singapura untuk dibawa ke kota Bangkok.

Secara keseluruhan, taktikal Singapura untuk mengekang pergerakan penyerang Thailand, menguasai bahagian tengah padang dan ada satu dua penyerang menembusi kubu Thailand.. taktikal ni nampaknya sangat berjaya. Thailand yang dulunya berlagak kerana kata jurulatihnya Thailand pasti menang, semalam dia gigit jari melihat persembahan anak buahnya yang tak menjadi di tengah padang. Wilfred Schafer mesti akan cakap anak buahnya tak biasa main kat padang sintetik (sebagai alasan).
Selepas ini, Singapura akan dijadualkan turun ke Bangkok menentang Thailand pada hari Sabtu ini pada 23hb Dec. Singapura bakal dilayan sebagai pasukan kelas A seperti mana Malaysia pada separuh akhir dengan padang latihan yang sama macam sawah padi dan juga perlawanan akhir di mana stadium perlawanan juga lebih kurang sama macam perlawanan separuh akhir, layak bagi kambing-kambing makan kat padang ragut. Singapura mampu juara andai mampu mempertahankan 2 gol yang dimenangi di Stadium Jalan Besar.

Untuk mempertahankan kejuaraan senang je.. kena tackle je, jatuh macam buah nangka busuk dan kononnya mendapat kecederaan, tacke je… jatuh buat-buat cedera.. alaa macam Singapura lawan Malaysia masa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, Singapura kan main taktik macam tu.. tak kan kat Bangkok tak boleh nak buat pulak kan? Dan Thailand pula, selain kelebihan bermain di tempat sendiri dengan padangnya yang macam padang ragut rumput, Thailand kena mencari goal awal sebagai gol semangat, di samping bila kena gasak je… pergi le mengadu kat pengadil supaya pemain lawan dapat kad merah.. macam perlawanan mereka dengan Malaysia sebelum ni…

Kita akam mengetahui siapa juaranya untul edisi kali ini pada hari Sabtu ini. Kalau anda masih berminat dengan Piala AFF Suzuki, tontonilah perlawanan akhir kedua pada 23hb Dec ini di TV1 ataupun di TCS5 bagi mereka yang duduk kat Johor Bahru.