Perlu sangat ke nak tingkatkan jumlah traffik ke blog?

Entah angin apa kali ni, saya nak masukkan entri berkenaan dengan trafik ke blog, bagi mereka yang mempunyai website atau blog peribadi macam saya ni.. Sebenarnya tajuk trafik ke blog ni dah banyak sangat ditulis oleh rakan-rakan blog yang lain, cuma apa yang saya ingin tuliskan di sini ialah tentang keperluannya… Ramai yang hanya bercakap tentang cara-cara untuk meningkatkan trafik ke blog tetapi agak kurang memberi penekanan kepada keperluan trafik untuk blog tersebut.

 

Sebenarnya apa perlunya trafik ke blog kita ni…? Adakah trafik kita selancar trafik di Lebuhraya Utara Selatan atau sesak macam Lebuhraya Persekutuan?

Kalaulah trafik anda selancar Lebuhraya AKLEH, maka blog anda sebenarnya tidak ramai yang masuk, sebaliknya kalau sesak macam Lebuhraya Persekutuan, blog itu dikira cukup beruntung kerana blog itu kerap dikunjungi oleh orang. Beza yang ketarakan? Nak blog selancar AKLEH atau sesak macam Federal Highway? Rata-ratanya penulis blog yang muda dan baru mesti le nak macam Federal Highway trafiknya kan?

 

Satu lagi perlunya trafik ke blog ni ialah kerana dari situlah, kita akan tahu bagaimana popularnya anda di dunia blogging ni…. Sebenarnya blog penulis yang dah lama menceburkan diri dalam dunia blogging ni, trafiknya rata-rata paling kurang dia akan dapat purata 2000 kunjungan sehari… Kalau bloggers tu jarang-jarang menulis tetapi umur blognya macam anaknya yang dah darjah 3. Kalau blog yang baru ni, biasanya pukul rata kalau kurang aktif menulis, dia akan memperolehi 100 kunjungan sehari (kalau bernasib baik).

 

Salah satu cara untuk anda terus hidup dalam dunia blogging ni, anda mesti pandai bermain dengan keyword yang “power” dan juga sentiasa menulis entri yang akan sentiasa dicari orang ramai. Macam saya baru-baru ni agak rajin mengulas filem dan mencari gitar tabs, dan saya publish dalam blog ni… Tapi jumlah cariannya tak seberapa, tetapi saya tak kisah kerana sentiasa mencuba.

 

Baiklah… cuba kawan-kawan semua cari apa yang boleh ditulis dan sentiasa dicari oleh orang ramai… Terpulang kepada kawan-kawan untuk meningkatkan trafik sebab ramai bloggers yang baik hati menulis tentang perkara ni.. Selamat mencuba