Perlu ke blog personal concentrate pada sesuatu penulisan?



Walau pun saya ni sebenarnya bukanlah pakar sangat  tentang penulisan blog ni, tetapi ketika saya mula-mula join blogging ni, timbul persoalan “Adakah aku perlu menulis dan tumpuan pada sesuatu tajuk sahaja?”

Jika kawan-kawan ada mengunjungi blog yang lain, ada yang menumpukan kepada sesebuah tajuk, bergantung kepada taglines blog tersebut, dan juga bergantung kepada minat si penulis blog. Contohnya jika penulis blog tu penjual kereta, maka blognya pun
akan bercerita tentang menjual kereta je le… Maka anda akan perhatikan yang blog dia penuh dengan gambar kereta yang mahu dijual, tidak lupa juga kepada spesifikasi, jenis kereta, dah berapa tahun kereta tu (jika 2nd hand) dan yang paling penting ialah harga. Jika dia ni jual kereta Proton, maka blognya penuh dengan kereta proton le… (kredit untuk http://zaidproton.blogspot.com/ )

Ada juga yang lebih suka cerita dia punya hobi dalam blognya… Contohnya jika si penulis suka main bola, maka blognya pun penuh dengan cerita warna warni bolasepak sama ada sendiri yang main mewakili Liga Kampung Baru, KL.. takpun cerita pasal Manchester United. Cerita pasal bolasepak Malaysia jauh sekali le kalau dia nak tulis. Ada juga yang menumpukan pada resepi masakan, dan ada juga yang gemar cerita pasal perempuan cantik…

Pendek kata, ia bergantung kepada konsep blog anda sendiri… Yang penting bila menulis kena ikut etika.. Mesti berdasarkan kepada fakta dan bukannya membohong je.. Terus terang saya katakan yang saya kurang berminat nak join blog hiburan kerana bergossip je yang lebih… cerita pasal bakat amatlah kurang. Blog politik pula.. penuh dengan blog yang kurang membina ayat-ayatnya kerana penuh dengan maki hamun..  Anyway, it’s up to you! Anda yang mencorakkan blog itu macam mana dan mengikut keselesaan orang yang membaca.

Tetapi kebanyakan blog peribadi, mereka tidak kisahkan penulisan berbentuk topik tertentu.. Asalkan ada isi, ada gambar, ada cerita terkini… just go on. Asalkan puas hati dengan apa yang ditulis dan ada yang membaca.

“LIVE MUST GO ON..! TERUSKAN KEHIDUPAN DAN MENULISLAH SEPUAS HATIMU…!”
www.mohdrizmanma.com