Jangan main facebook sangat…!

“Jangan main facebook sangat! Nanti semua kerja tak jalan… Asyik asyik Facebook je….!”, marah saya kepada salah seorang orang bawahan saya di tempat kerja lama, suatu ketika dahulu. Ketika itu pada sekitar tahun 2009, ramai orang dah mula mengenali Facebook termasuk diri saya sendiri.

 

Tetapi yang menyebabkan saya tidak senang bila di tempat kerja, Facebook sahaja yang dibuka di PC pejabat mahu pun di Smartphone. Akibatnya banyak produk ‘reject’ dihantar ke customer, menyebabkan customer naik marah. Meeting je confirm kena maki sebab hantar part reject.

Selepas itu saya meminta pihak pengurusan untuk ‘lock’ password WIFI serta menutup akses internet dengan meletakkan kod pada setiap PC supaya tiada lagi akses Facebook di kawasan selian saya.

 

Itu adalah secebis pengalaman saya ketika bekerja di tempat yang boleh mengakses Facebook. Website media sosial ini telah banyak mengubah kehidupan umat manusia dari segi kehidupan itu sendiri, iaitu dari segi perhubungan sesama manusia. Tetapi Facebook juga mempunyai banyak keburukan jika disalah guna dan jika terlalu ketagih dengan Facebook.

 

Dah macam-macam cerita keluar di akhbar-akhbar utama tempatan disebabkan oleh Facebook. Contohnya seorang pelajar dilanggar lari oleh sebuah kereta di Tampoi, Johor Bahru. Pelajar itu dikatakan terlalu asyik melayan Facebook melalui Smartphone hingga lupa dia sedang melintas jalan.

Itu belum lagi cerita tentang pergaduhan yang memalukan, siap upload video lagi. Ada juga bergaduh di Facebook, siap post kat Wall, bagi semua orang tahu yang dia berjaya memalukan seseorang di Facebook. Nampak gayanya Facebook juga gagal untuk ‘mengharmonikan’ perhubungan sesama manusia. Ada yang bercerai berai, ada juga yang terbunuh gara-gara Facebook.

 

Bagi kita yang masih setia dengan Facebook ni.. berpada-padalah, jangan nak menyalahkan Facebook bila ditimpa musibah. Sebab sendiri pun tak beringat. OKlah, saya pun tidak berapa berminat bercerita atau menulis panjang lebar tentang Facebook ni.. nanti bosan pulak kau orang dengan blog aku….!!!