Dah ramai yang mati… baru nak buat tindakan ke…?

IMG_1184

Gambar Barrack Obama berbual kosong pasal nak kontrol penjualan senjata api di Amerika Syarikat.

 

Amerika ni sama-sama lembap… cakap orang lain tak betul. Dia aje yang betul. Tetapi selepas 27 orang terbunuh dalam Tragedi Sekolah Rendah Sandy Hook (Sandy Hook Elementary School), iaitu di sebuah bandar kecil  Newton, Connecticut, baru le nak sibuk buat tindakan untuk memperbetulkan keadaan.

 

Kejadian yang berlaku pada 14th Dec 2012 telah memalukan Amerika Syarikat sekali lagi. Pada tahun ini sahaja dan hanya di Amerika Syarikat, sudah ada 6 kejadian tembakan dan amuk di kawasan sekolah dan kebanyakan kejadian tersebut pasti akan meragut nyawa. Kejadian yang berlaku di Newton ini sahaja sudah memakan ramai korban.

Ramai yang sependapat dengan saya, Barrack Obama tu cakap je lebih. Maklum le,  baru menang pilihanraya presiden, maka macam-macam le janji yang dibuat untuk memastikan kejadian yang sama tidak akan berulang pada masa depan. Tetapi mampukah dia memastikan supaya tiada lagi penjualan senjata secara bebas di Amerika Syarikat sahaja? Itu adalah sangat mustahil

Gambar mereka yang terbunuh dalam kejadian tembakan di Newton, Connecticut

 

Penjualan senjata api memang bebas dijual di Amerika kerana apa yang kita tahu, setiap negeri-negeri di Amerika mempunyai undang-undang dan polisi yang tidak sama berkaitan dengan penjualan senjata. Ada jenis senjata api kalau di Los Angeles mungkin kena daftar dengan polis, tetapi kalau di Florida senjata api tidak perlu berdaftar. Tauke senjata api pun senyum kambing aje kalau betul le si Obama tu mahu setiap negeri di Amerika mengkaji semula penjualan senjata, sebab setiap negeri berlainan undang-undang. Kalau tak boleh berniaga di daerah Miami, mereka boleh menjualnya di daerah jiran mereka.

 

Apa yang Obama boleh buat selepas ini? Amerika memang terkenal dengan negara yang menyuruh orang berjalan betul, tetapi mereka sendiri pun tak betul. Negara Amerika banyak senjata api yang dah pun dimiliki oleh anak remaja yang bebas. Negara kebebasanlah kononnya tetapi penuh dengan mereka yang sakit mental. Obama pun kena ‘study’ tu.. kenapa ramai sangat rakyatnya sakit mental, tak pun depress sampai nak membunuh orang?