Cara meningkatkan trafik blog: Menjalinkan kerjasama dengan bloggerz yang lain.

 

 

Suka atau tidak, hakikatnya jika anda seorang yang agak baru dalam menulis, anda juga perlukan ‘support’ daripada penulis blog yang sealiran dengan cara anda menulis. Ini adalah hakikatnya jika anda masih baru dalam menulis blog.

 

Anda mahukan blog anda dikunjungi dan dibaca, tetapi pada masa yang sama anda malas nak mengunjungi blog orang lain, maka sebenarnya boleh dikatakan yang anda telah kerana anda hanya syok sendiri, menulis tanpa ada makna kerana blog trafik masih rendah. Memang benar,survival blog bergantung kepada sejauh mana anda kerap menulis, tetapi jika anda malas nak baca blog orang lain dan cuba menjalinkan hubungan erat dengan penulis blog yang lain, macam mana le blog tu nak hidupkan?

 

Untuk menjalinkan hubungan yang baik, jika anda penulis baru, adalah lebih baik kalau anda menjalinkan hubungan dengan penulis blog yang juga baru dalam pembikinan blog. Maka anda dan penulis blog yang anda baru kenal sama-sama boleh belajar dan membantu antara satu sama lain. Salah satu cara yang mana penulis blog itu boleh membantu ialah dengan ‘add’ kan blog anda pada diaorang punya blogroll. Selain penulis yang baru, anda sebenarnya boleh juga menjalinkan hubungan dengan penulis blog yang dah lama di bidang ini. Anda boleh bertanya sebenarnya pada mereka, bagaimana mereka boleh popular dengan blog mereka…  Kebanyakan blog yang dah lama suka buat Pertandingan atau Segmen-segmen yang tertentu bagi meningkatkan trafik blog mereka, pada masa yang sama jika anda terbabit dalam pertandingan mereka, ramai orang akan tahu tentang kewujudan blog anda…

 

Satu lagi cara, jika mereka ada facebook, lagi bagus… Anda boleh Add Friend rakan blog yang lain.

 

Sekadar memberi tips, mulai sekarang jangan jadi bodoh sombong. Jika anda dah follow blog mereka, rajin-rajin le melawat blog mereka… Bagilah komen sikit bila mereka menulis.