Bashar Al-Assad : Di manakah kamu akhirnya?

Apa yang boleh kita katakan kepada rakyat Syria sendiri selepas korban pembunuhan akibat peperangan di antara puak pemberontak dan tentera yang setia kepada Bashar Al-Assad semakin meningkat?

 

Jawapannya : Kaaaaa   siiiiiii  haaaaaaannnnn…!!

 

Itu sahajalah yang kita mampu ucapkan pada mereka (rakyat Syria). Setiap hari berita tentang pembunuhan rakus Bashar Al-Assad disiarkan di mana-mana TV di seluruh dunia. Terbaharu, lebih 100 orang dibunuh apabila mereka dibom ketika beratur untuk mendapatkan bekalan roti di sebuah kilang roti di Damsyik (Damascus).

 

Pembunuhan sudah menjadi lumrah dan Bashar Al Assad dilihat serupa macam Vampire (Pontianak Mat Saleh Jantan bersut hitam) kerana beliau dilihat lebih suka menghisap darah bangsanya sendiri. Pihak penentang yang cuba menentangnya diserang bertalu-talu, tetapi bukan sahaja pihak penentang, tentera Bashar juga akan menyerang penduduk awam yang bersimpati kepada pihak penentang. Puirata yang terbunuh adalah lebih dari 30 orang sehari.

Tentang dia menukar surah Al Ikhlas kepada namanya, saya tidak tahu sama ada benar atau sebaliknya sebab hanya membaca di blog yang lain, tapi jika benar dia melakukannya, moga-moga dia akan mendapat pembalasan dariNya satu hari nanti, kerana suka-suka mengubah ayat suci Al-Quran. Bashar Al-Assad yang juga penganut Syiah ini juga sudah melampau apabila dia juga mengubah ayat Kalimah Syahadah. Mereka yang setia kepada Bashar, sanggup bersujud kepadanya dan pada mereka yang ditangkap pula, dipaksa sujud kepada gambar Bashar Al Assad.

 

 

Rata-rata penentang yang melakukan penentangan adalah dari puak Sunnah yang juga majoriti bagi rakyat Syria. Saya doakan semoga Bashar Al-Assad tak akan ke mana-mana dan dia akan mendapat pembalas yang setimpal atas apa yang berlaku kepada rakyat Syria ini. Di Malaysia, saya doakan semoga sentiasa aman, damai dan makmur dan yang paling penting, Syiah tidak akan berkembang mekar di bumi Malaysia ini. Lebih banyak buruk dari baiknya. Aminnnn!!!!