Ulasan lirik lagu Jerrypah dengan guitar chord


Apa kata untuk hari ni, saya nak mengulas sedikit lirik lagu Jerrypah. Jerrypah kalau diikutkan betul-betul ialah nama untuk seseorang. Tetapi kalau anda perasan, tiada satu pun lirik lagu ni ada menyebut nama Jerrypah itu sendiri.
Tapi sebelum itu, jika nak bermain gitar, pertamanya anda kena tahu beberapa chord yang  susah tetapi mudah untuk dicari kat internet. Setakat chord F#m dengan Bm… senang je… Cuma untuk A lebih baik ambik kat fret 5
imageimage
Chord A maj pada fret 5                        Chord F#m dekat fret 2

Intro
A F#m Bm F
AAaaaaA....
A F#m Bm E
AAaaaaA....

VERSE #1
      A         F#m
Sayangku, aku yakin
    Bm      E
Kau sebahagianku
      A         F#m
Sayangku, aku pasti
   Bm          E
Takdir kita bertemu

    Bm             E
Biarkan semua berlalu
      Bm                    E
All i know i’ll always have you
       A     G        F#
Pengganti tempat mengadu
      Bm         Dm
Selamanya, engkaulah..
   A  E
hanya

VERSE #2
         A        F#m
Tak mungkin aku jatuh
   Bm            E
cinta pada yang lain,
        A         F#m
Tak mungkin,juga aku,
   Bm      E
khianati dirimu,

    Bm              E
Biarkan semua berlalu
      Bm              E
All i ever wanted was you.
       A      G      F#
Pengganti tempat mengadu
       Bm        Dm
Selamanya, engkaulah..
D E X3

BRIDGE :

F#m D E

A F G E
AaaaaaAA

    Bm             E
Biarkan semua berlalu,
      Bm              E
All i ever wanted was you.
     A    G       F#
Sehidup semati untuk
      Bm        Dm
selamanya engkaulah,
   A G F#
hanyaaaaa…
Bm   C#
   Selamanyaaa….. X2

OUTRO
Bm D E F A F E

Ada sedikit susah sebenarnya bagi mereka yang tidak biasa bermain pada F#maj (Gb maj) dan juga C#. Jari jemari tu kena lah lembut-lembutkan dan yang penting kuku tu kena lah pendek.

Berkenaan dengan lirik, saya langsung tak menggemari lirik lagu melayu bercampur dengan bahasa inggeris. Nampak macam sedap je pada mula-mula mendengar lagu ni.. Tapi bila mendengar bait-bait Inggerisnya, saya rasa lagu ni dah gagal secara keseluruhannya. Walaupun cuma berada pada chorus sahaja. Berkenaan dengan bait-bait yang lain, lagu ni tak ada le memuja Jerrypah tu.. sebaliknya lagu ni lebih kepada memujuk Jerrypah. Jika anda baca betul-betul lirik ini, lagu ni lebih kepada pujuk rayu kepada seseorang.

Lagu ini saya hanya beri dia dua bintang sahaja, kerana lirik lagu ni ni dah gagal sebab bercampur dengan bahasa inggeris yang memang tidak jelas sebutannya. Tambah lagi lagu ni sebenarnya tidak bersih dari segi mastering. (Humming gitar lebih tinggi dari vokal)