Filem ‘Ajiboy’ … biasa jer….!!!

Pada hari cuti sempena Deepavali yang lalu, saya sekeluarga sempat le juga meluangkan masa untuk ke pawagam.. sebab atas permintaan le… Sebenarnya saya bukanlah peminat filem melayu sebab dah banyak kali menonton filem Metrowealth ni, kebanyakannya filem yang bagi saya, banyak yang membosankan.

 

Oleh kerana atas permintaan isteri dan juga kerana anak pun minat nak tengok gelagat ‘Coby’nya berlakon (watak Heidzriq Haikal dalam siri Elly dan Epit), maka saya pun ‘terpaksa’ melayan filem ini dari mula sampai habis. Intro filem ni bermula apabila Fauzan (Angah Raja Lawak), Cumi (Epy Raja Lawak) dan Mat Saja (Zalif Sidek)

mahu berebutkan seorang gadis, Nisa (Adibah Yunus) memegang pistol ala-ala suasana koboi dan tembak menembak berlaku di antara tiga orang terbabit. Sebelum Ajiboy keluar melalui pintu bar.

 

Adibah Yunus memegang watak Nisa, watak utama untuk filem Ajiboy

 

 

Bagi saya, subjek utama dalam filem ni lebih kepada kehidupan Ajiboy itu sendiri apabila dia dilantik oleh ayahnya, Fauzan menjadi ‘bos’ sementara menggantikan Fauzan. Cerita ni ada buat flashback apabila Ajiboy terkenangkan pada arwah ibunya. Ajiboy bercita-cita mahu melihat ayahnya berbahagia dengan Nisa yang kebetulannya adalah janda beranak satu, selain Nisa sendiri bekerja dengan Fauzan.

 

Tapi plot yang menarik bagi saya ialah apabila Mat Saja dan Cumi dikenakan oleh Ajiboy dengan mencuci kolam, kemudia kena cuci kandang arnab dan bangsal kuda, sebelum jadi pak badut gorilla di Taman Tema Famosa. Mat Saja dan Cumi tertekan bila gajinya tak masuk kerana disekat oleh Ajiboy….

 

Dan bagi saya, dialog yang menarik dalam filem ini ialah “ Mulai hari ni,, panggil saya Tuan Ajiboy!”

Keseluruhan filem ni jika nak dibuat perbandingan, rasanya tengok filem Zoo pun sama je… Target filem ni lebih kepada kanak-kanak sebab objeknya ialah Ajiboy itu sendiri.. tapi bila dah meleret ke flashback dan juga meleret ke arah Nisa dan Fauzan, cerita ni dah jadi bosan kat situ…

 

Anyway, filem ni agak menghiburkan juga bagi kanak-kanak sebaya dengan Ajiboy.. lakonan si kecil Heidzriq Haikal @ Rykal Iskandar ni semakin mantap walaupun masih budak..!