Tahniah Kelantan, ATM

Tidak ada apa yang aku boleh katakan tentang kehebatan dua pasukan yang telah berjaya mara ke Final Piala Malaysia untuk musim 2012. Tahniahlah aku ucapkan kepada Kelantan dan ATM kerana masing-masing berjaya mengalahkan lawan mereka.

 

Cara ATM pergi ke final bagi aku lebih dramatik apabila gol di minit-minit akhir perlawanan yang dapat dijaringkan oleh Marlon Alex James (minit ke 96) serta dengan tidak profesionalnya pemain LionsXII, (kerana sengaja buat-buat cedera dan melengah-lengahkan masa perlawanan) tetapi ATM berjaya juga ke final menerusi sepakan penalti.

 

Apa pun, kita tunggu nanti masa final, siapakah yang lebih hebat, Kelantan atau ATM?