SMS oh SMS

 

 

Razali tiba-tiba sahaja mengeluh tatkala memegang smartphone dia. (SAMSUNG GALAXY NOTE). Dia mengeluh panjang apabila dia gagal membuat panggilan, apalagi SMS kat isterinya.

 

“Kenapa ni Zal? Macam problem je lu….” tanya aku yang kebetulan pun semeja dengan dia, duduk bersembang sambil minum kopi. “Aku tak paham le Man, handphone aku ni cepat benar habis kredit.. emalam aku baru top up 10 ringgit, ni dah habs dah…” Razali memberitahu masalah yang dihadapinya.

 

“ Pelik juga arr, kau isi 10 ringgit tapi cepat abis ari ni…?”tanya aku lagi. “Tu le aku pelik, agaknya CELCOM ni juara telan duit ke ape?” Razali seperti marah kepada CELCOM, syarikat yang dia suscribe untuk smartphonenya.

 

“Mesti ada sebab, takkan duit kau cepat habis.. kau pun bukannya selalu buat panggilankan?”, tanya aku.

 

“Aku jarang buat call. Tapi dalam sebulan dua ni aku kerap dapat mesej promosi yang bukan-bukan.”, jelas Razali lagi kepada aku. “Mesej macam mana tu?”, tanya aku lagi.

 

“Mesej promosi.. Aku pun tak tau macam mana mesej tu sampai kat aku…, ada buat promosi hotel le, melancong le, hadiah wang tunai… , tapi aku tak layan… takkan mesej macam tu aku kena caj?”, jelas Razali kepada aku.

 

“Aku rasa aku tau masalah kau ni ape…! Kau mesti ada subscribe mana-mana perkhidmatan SMS sebelum ni kan? Tak pun masa kat pergi ke City Square ke.. KSL ke.. Kompleks Pusat Bandar ke.. kau ada isi borang ntah ape-ape ni…”, tanya aku.

“Tentang subscribe melalui SMS ni aku pernah sekali dua, lepas tu dah malas aku nak subscribe. Pasal isi borang, aku ada le terisi borang kajian .. sebab diaorang kata hanya untuk survey!”, jelas Razali kepada aku.

 

“Aku rasa puncanya dari situ… ada orang dari pihak survey tu tak bertanggungjawab, dia pergi jual nombor handphone kau ni ke pihak ketiga. Lepas tu pihak ketiga ni menghantar SMS kepada kau tentang promosi, tetapi pada masa yang sama dia caj kau punya handphone.. Jadi dia potong le RM1 ke RM2.. paling murah pun 50 sen”, jelas aku kepada Razali.

 

Razali mengeluh panjang. “Apa yang aku patut buat sekarang?”

“Kau buang je nombor lama ni.. kau register baru je.. abis cerita”

“Tapi aku sayangkan nombor ni dan ramai kawan-kawan aku tau nombor yang aku pakai ni…!”

 

“Kau report dekat CELCOM tentang SMS tu.. diaorang boleh bagi blocking mesej tu… kalau CELCOM tak boleh buat, kau report SKMM je…”, cadangan aku kepada Razali.

“Nanti le aku pikir macam mana nak buat… aku nak beli top up jap… nak call bini aku ni…”, Razali meminta diri.

 

Sebenarnya bukan sahaja Razali, malah aku sendiri pun sebelum ni pernah terkena bila top up je.. besok kredit tak de… rupa-rupanya ada orang yang pedajalkan kita dengan menjual nombor kita ke pihak ketiga, lepas tu pihak ketiga tadi pergi hantar SMS + caj sekali. Oleh itu aku nasihatkan:-

 

1.) Jangan sesekali subscribe tentang promosi apa pun.. termasuk dari penyedia perkhidmatan sebab confirm anda akan di caj. Mahal pulak tu..

 

2.) Kalau anda gatal sangat nak masuk peraduan yang melalui SMS tu… pastikan ia adalah dari sumber yang betul.

 

3.) Jangan sesekali mengisi borang survey kat shopping kompleks. Tak boleh percaya tu.. Kalau nak isi juga.. jangan le letak no handphone. Letakkan nombor Public Phone.

 

Baiklah.. kita cari benda yang baik-baik sahaja untuk diri kita.