PTPTN Kekal.. Pendidikan percuma? NO WAY!!!!

Kerajaan, melalui Kementerian Pengajian Tinggi memberitahu bahawa buat masa ini, pendidikan percuma untuk pendidikan pengajian tinggi belum boleh dilaksanakan. Justeru, PTPTN akan dikekalkan bai kemudahan pembiayaan pendidikan bagi pengajian tinggi awan dan swasta.

Menurut menterinya, Datuk Seri Mohammed Khalid Nordin, jika pendidikan percuma diberi, maka ia mungkin akan membebankan orang yang membayar cukai, terutamanya cukai pendapatan bagi menampung keperluan untuk pembiayaan percuma.

 

Saya tidak mahu nak komen apa statement yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohammed Khalid itu. Tapi kau orang pergi le belajar kat luar Malaysia, jika nak sangat pembiayaan ‘free’ seperti yang dicanangkan oleh pihak-pihak tertentu yang ‘gagal’ belajar subjek Ekonomi masa STPM tak pun Ekonomi Asas pada peringkat SPM, atau tak belajar apa-apa pasal ekonomi, tapi berlagak macam tau je…

Kat dunia ni mana ada negara yang bagi pendidikan percuma kepada rakyatnya di peringkat tinggi…? Ada pernah dengar ke? Singapura? Thailand? Myanmar? Amerika?

 

Satu cara nak pendidikan percuma, tak payah masuk U, beli je sijil atau degree kat internet. Tapi degree tu tak ada maknanya sebab Malaysia ada kriteria di mana ada Universiti tertentu sahaja yang diiktiraf sijilnya. Nak belajar kedoktoran di India pun mahu kena RM60 000 satu semester. Ni kan pulak nak bagi pendidikan percuma. Macam ni gaji pensyarah di bayar melalui hasil cukai ke…? Kadang-kadang ‘bangang al mampus’ juga ahli politik ni… Cakap je pandai!

 

Walau bagaimanana pun, kerajaan yang ada sekarang harus memikirkan bagaimana nak menghapuskan caj yang melampau dari PTPTN tu.. Buat le study sikit.. Jangan nak membebankan orang dengan caj tersembunyi