Nasib si warga emas seperti tidak dipedulikan orang muda

 

 

Gambar di atas tu sebenarnya hanyalah gambar hiasan. Aku benar-benar tersentuh hati dengan apa yang berlaku di dalam negara kita ni, terutamanya gologan-golongan tua yang diabaikan. Soalannya, adakah kita ni tak terasa yang satu hari nanti kita juga akan menjadi tua sama macam mereka juga?

 

Satu ketika, selepas saya minum petang di sebuah kedai makanan, berlokasi di Pasir Gudang, Johor, saya pun melangkah pulang menuju ke kereta. Sampai kat kereta, macam biasa saya akan hidupkan enjin kereta sambil mendengar radio. Saya pun terpandanglah seorang pakcik yang sedang mengusung basikal tuanya sambil mencari sesuatu. Di belakang pangkin basikal pun saya terperasan ada sebuah guni, saya rasa dalam tu ialah tin-tin kosong yang dikemekkan, tak pun botol-botol plastik. Mata pakcik tersebut melilau mencari tin-tin kosong di dalam tong sampah ..

 

Tetapi entah kenapa pakcik itu dlanggar oleh seorang remaja yang kebetulan melalui laluan yang sama… Pakcik dan basikalnya terjatuh.. Nasib baik guninya tidak berterabur isi kandungannya. Remaja yang melanggar tadi hanya melihat sahaja pakcik yang dilanggar tadi.. selepas itu dengan muka yang mencebik, dia berlalu pergi tanpa menolong pakcik tadi mengangkat basikal pakcik yang telah dilanggar tadi… Saya pulak, bukannya taknak tolong, tapi pakcik tu dah bangun pun dan dah memperbetulkan keadaan basikalnya. Selepas itu pakcik tadi mencari semula tin-tin kosong…

 

Hmmm… Apa yang saya lihat tadi, bdak-budak muda sekarang memang dah tak peduli pun orang tua atau pun warga emas.. cuba kalau dilanggar tadi tu awek cun.. confirm dia tolong. Satu lagi warga emas dah tua=tua ni pun masih nak bekerja mencari sesuap nasi, mungkin kerana sudah tidak dipedulikan lagi oleh anak-anaknya dan terpaksa cari duit sendiri…

 

Sedar tak kita yang kita semua ni tidak boleh melawan takdir? Kita akan tua satu hari nanti.. Jadi hormatlah pada yang tua… Kalau mereka perlukan pertolongan, ringankan tangan untuk mengurangkan beban mereka… jangan jadi anak derhaka pulak…!