Lirik lagu Aku Suka Dia– untuk lagu orang perasan!

Sudah berapa bulan lagu ‘Aku Suka Dia’ ciptaan dan lirik Ainan Tasneem bermain di radio-radio tempatan dan video klip lagu ni sudah pun disiarkan di TV. Gadis yang popular melalui Youtube ni dah mula mengorak langkah untuk bersaing setara dengan artis-artis baru yang mencipta nama hasil dari lagu dan lirik ciptaannya sendiri.

 

Tetapi untuk posting kali ini saya bukannya nak bercerita pasal Ainan Tasneem sebab tak pernah pun berjumpa dengan dia (sebab Ainan pun tak pernah lagi sampai kat Pasir Gudang ni)

tetapi ialah berkenaan dengan lirik lagu ‘Aku Suka Dia’ yang dikarang sesuai dengan melodi yang dimainkan melalui petikan gitar Ainan Tasneem. Komen ini diberikan oleh En.Razali Supangat, salah seorang penyelia di Jalan Perak 1, Pasir Gudang ketika saya dan dia bermain karom di rumahnya. Kebetulan lagu ni di keluar di udara radio rumah Razali.

 

Sebelum itu, kita hayati lirik dan klip video Ainan Tasneem.

 

Lirik lagu ‘Aku Suka Dia’

 

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

 

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia


Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

 

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

 

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

 

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

 

Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

 

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

 

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu

Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

 

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira

Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

 

Aku suka dia

 

 

Saya pun bertanyalah pada Razali ni apa yang tak kena dengan lirik lagu ni sampai dia marah-marah.

“Kau tak rasa ke lagu ni macam lagu perempuan perasan je gitu” kata Razali.

 

Saya pun cuba mengingati semula lirik lagu tersebut (masa tu saya tak ingat sangat pun liriknya)…

“Cuba kau dengar betul2 rangkap lagu yang kedua dan ketiga, tu confirm bunyinya macam perempuan perasan”, jelas Razali pada saya.

 

Rangkap kedua dan ketiga:-

 

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia


Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

 

Razali komen ‘Kita mulai bermain mata, mula timbul rasa bahagia’ merujuk kepada zina kecil, iaitu dah start bermain mata, alih-alih je perempuan tu rasa bahagia..”

 

Pada rangkap ketiga tu lagi jelas perempuan tu senang sangat didekati dan tak mahu mengelak dari didekati oleh seseorang lelaki. Hatinya tak menentu le jadinya kalau lelaki tu senyum pada perempuan tadi… So apa jadi selepas tu… konfirm le perempuan tu perasan.. sebenarnya lelaki tadi yang bermain perasaan pada wanita tadi…

 

Itu komen Razali, tetapi untuk mendapatkan kepastian, saya dapatkan lirik lagu ni dan seterusnya melihat semula video klip lagu Ainan Tasneem ni…

Apabila melihat semula video klip ni, sebenarnya ada sesuatu yang tak kena bila melihat budak perempuan yang naik basikal tu mencari lelaki yang sedang bermain gitar di bawah pokok, kemudian berdua-duaan di situ. Dah macam buat maksiat le pulak…. Mungkin juga video klip ni cuba nak disesuaikan dengan lirik dan melodi lagu, tapi memang macam tak kena…

 

image

 

Untuk Ainan Tasneem, harap lepas ni cuba pula cipta lirik yang lari dari tema cinta… Mungkin cuba lrik berkonsepkan kasih sayang ibu bapa atau pun keagamaan, sesuai dengan penampilan diri.

 

OK.. ni je komen dari saya dan Razali….!!!!