Ke mana kau Blog Oh!Malaysia

image

Ketika saya berkecimpung secara bukan sepenuh masa (maksudnya sehari setakat 2 jam je…) dan pada ketika saya mula belajar cara nak menulis blog ini, saya kerap mengunjungi blog Oh!Malaysia yang dicipta oleh saudara Amir Said.

 

Amir Said sebenarnya pun bukanlah saya kenal sangat secara dekat. Cuma kenal dengan blog Oh Malaysia dia tu le… Genre penulisan Amir Said pada ketika itu lebih kepada genre yang umum, tak ada niche tertentu. Kadang-kadang dia suka menulis pasal hiburan, pasal Australia (sebab dia pernah belajar kat sana), pasal pendidikan dan juga pasal isu semasa.

 

Tetapi disebabkan minatnya pada masakan, kalau tak silap pada sekitar tahun 2010, dia telah menukar genre blognya lebih ke arah masakan dan kulinari pulak. Dan hasilnya blog Oh Malaysia memenangi Award 2011 untuk DIGI Expert Makan2. Blog Oh Malaysia, ditukar nama pula kepada Blog Dapur Malaysia. Saya sendiri pun meminati blog ni dan akan mendapatkan resepi masakan (jika perlu) melalui blog Dapur Malaysia si Amir ni…

 

Apa yang boleh saya katakan di sini, blog Dapur Malaysia ini lebih berjaya dari Blog Oh Malaysia sebelum ini. Dan saya juga nak lihat Amir Said menyertai MasterChef Celebriti Musim Kedua.. Kalau boleh le….