Genneva Gold diserbu BNM! Apa nasib pelabur?

 

Dalam kegilaan orang ramai untuk melabur dalam pelaburan emas, banyak syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh individu-individu yang merasakan syarikat tadi mampu meraih keuntungan daripada jual beli emas dalam bentuk fizikal. Malangnya, mereka dikatakan mengambil deposit secara secara tidak sah dan ini tidak dibenarkan dari segi perundangan.

 

Macam kes Genneva yang tiba-tiba meletup dalam minggu ni, premis mereka diserbu oleh Bank Negara Malaysia dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti sumber kewangan dan cara mereka mendapatkan deposit dari orang ramai. Cara Genneva senang sahaja, menawarkan emas dalam bentuk fizikal kemudian pelanggan pun beli… simpan le emas berbentuk fizikal tu ke rumah. Cuma yang menjadi pertikaiannya ialah Genneva menerima bayaran tetapi tidak dinyatakan dalam bentuk dokumen dan Genneva disahkan bukannya didaftarkan untuk melakukan urusniaga jual beli emas.

 

Nasib badan le siapa yang beli emas dari Genneva ni… Company tengah disiasat, tapi aku rasa selepas siasatan, confirm le Genneva akan didakwa. Bagi ahli lembaga pengarah yang sempat lari, boleh le lari tapi apa pula nasib pelabur-pelabur yang dah berjuta-juta melabur kat Genneva tu…? Tak ke mereka akan meradang nanti bila Genneva diharamkan, mereka akan menyerbu pejabat Genneva minta kepastian… Tapi mereka hampa kerana ofis dah ditutup, ahli lembaga pengarah dah tak tunjuk muka…

 

Dan aku pasti, bukan sahaja Genneva, rakan seangkatannya yang menjalankan perniagaan yang lebih kurang sama akan terjebak dalam kes Genneva. Tengoklah nanti, ramai pelabur yang akan mengalirkan air mata kerana rugi dan emas yang dibeli tak boleh tebus semula..

 

Aku tak mau lagi kalau boleh, ada lagi syarikat yang masih mengamalkan skim ponzi yang banyak menjerat orang-orang kita yang rata-ratanya orang kampung. Sedih bila tengok ada pakcik tu yang melabur sampai RM200 000, (kononnya masuk LUMBERGER) tapi selepas tu tak balik modal, dan sampai sekarang dia sedih kerana ditipu oleh bangsa dia sendiri.