Dodo yang pupus

Dodo ialah haiwan yang telah pupus tetapi paling popular di dunia ini. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti ‘as dead as dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba.

 

Suatu ketika, dodo boleh dilihat berkeliaran seperti ayam dan itik di kampung-kampung. Dodo ialah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik di kampung-kampung. Habitat asal dodo ialah di Kepulauan Mauritius. Dodo dipercayai pupus sekitar abad ke 17 lagi. (Sumber : Mastika)