Dipecat kerana menghina Majlis Perkahwinan Melayu

 

Amy Cheong, Eksekutif kanan NTUC

 

 

 

 

Ini cerita dari seberang tambak… Mana lagi kalau ianya adalah Singapura. Menurut laporan media di sana, seorang eksekutif Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan Singapura (NTUC), Amy Cheong telah dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa kepada perpecahan atau perpaduan di laman sosial Facebook.

 

Amy, yang menyandang jawatan Penolong Pengarah Keahlian dan berketurunan China, dipecat sehari selepas menyiarkan kenyataan mengenai minoriti Melayu di laman rangkaian sosial itu. Amy Cheong telah membuat ulasan terhadap perkahwinan orang melayu dan memperlekehkan kadar penceraian orang Melayu di Singapura. Maka selepas kenyataan itu, dia mendapat hentaman dan akhirnya NTUC mengambil keputusan drastik memecat Amy.

 

Hmm.. elok juga kena pecat.. Jika tak, pasal dia seorang, Singapura mungkin akan menghadapi masalah perkauman, mana ntah orang melayu di sana bukannya ramai…