Dengki Johor FC melalui Wikipedia!

image

Dalam menceritakan kerancakan Johor FC untuk menandatangani kontrak dengan beberapa pemain kebangsaan, saya ada singgah ke laman web Wikipedia (dalam bahasa Inggeris) sebab kalau bercerita tentang senarai pemain yang terkini, Wikipedia ada update (walaupun perkara itu belum disahkan betul.

 

Tetapi nak tau apa yang aku dapat?

 

Pada jam 1 petang apabila aku melawat laman web wikipedia ni, saya dapati banyak senarai nama yang buat saya tergelak. Sebab senarai namanya yang

bukan-bukan! Golkeeper (Afdlin Shauki), DF( Dr Rozmey), MF(Accapan) dan Striker (Harun Salim Bachik). Saya tidak berapa ingat senarai nama penuh pemain-pemain Johor FC yang telah diubah oleh pihak yang mungkin saje je nak dengki Johor FC. Senarai nama yang asal telah pun diubahsuai semula (seperti gambar di atas) pada jam 3:30pm.

 

Cerita sensasi Johor FC mendapat ‘dengki’ daripada mereka yang sememangnya dengki… Hu hu hu….