Cerita sensasi Johor FC

 

Dalam 2 atau 3 hari kebelakangan ni, antara cerita sukan di kedai kopi paling popular ialah cerita tentang Johor. Johor FC yang kini di bawah pengurusan PBNJ akan memperkukuhkan cengkamannya untuk musim 2013 ini dengan memikat beberapa pemain tempatan untuk bermain dengan pasukan mereka. 2 hari lepas, PBNJ dah declare dalam suratkhabar yang mereka akan mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan Portugal, iaitu Nuno Gomez. Selain Nuno Gomez, Johor juga cuba mendapatkan beberapa pemain yang ada nama macam Safiq Rahim, Mohd Zaquan Abd Razak, Aidil Zafuan, Azmi Muslim, Muslim Ahmad dan Norshahrul Idlan Talaha.

Cerita yang dimainkan oleh PBNJ memang cukup sensasi. Maklum le… diaorang dah dapat dana untuk merealisasikan Johor sebagai sebuah pasukan hebat. Cuma yang menjadi ‘confuse’, ramai orang Johor sendiri pun tak tahu pengambil alihan Johor FC daripada Johor Corp bertukar tangan terus ke PBNJ. Tapi sebelum itu, Johor Corp sendiri pernah menguruskan PBNJ tetapi apakan daya, masalah kewangan membantutkan usaha bolasepak Johor untuk terus maju. Tetapi selepas TMJ Tunku Ismail mengambil alih teraju PBNJ, pasukan negeri Johor cuba bangkit dari kepompong Liga Perdana, tetapi musim 2012 Johor masih tidak menunjukkan peningkatan.

Johor FC yang berjaya keluar dari disingkir ke Liga Perdana dilihat mampu mengembalikan nostalgia Johor. Johor FC diambil alih oleh PBNJ dan cerita beli jual pemain pun mula berlangsung. Tetapi cerita yang tidak sedap didengar ialah pemain Johor FC musim 2012 kebanyakannya tidak dikekalkan dan ada yang diturun pangkat main kat Liga Perdana (bermain dengan Johor FA).  Johor FC dicanangkan ditukar nama kepada Johor sahaja, manakala pasukan Johor yang bermain di Liga Perdana akan dikenali sebagai Johor FA. Logo Johor FC pun akan bertukar ke Logo ‘Kepala Harimau’.

 

Apa yang saya kesalkan, Johor (Johor FC) tidak akan bermain di Stadium keramat mereka di Stadium MPPG, Pasir Gudang. Johor akan bermain di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin yang berkapasiti 35000 orang. Selepas ni tak payah le aku nak pergi stadium nak tengok bola, sebab dah berpindah venue ke Larkin.

 

Saya berharap, dengan perubahan yang berlaku kepada team Johor (Johor FC) dan Johor FA lebih positif dan kedua-dua pasukan mampu menggapai salah satu piala untuk musim 2013 ni… Jangan harap cerita sensasi atau publisiti sahaja, tapi satu piala pun tak dapat. Pening kepala  si Fandi Ahmad tu nanti.