Cerita sensasi bolasepak Malaysia untuk minggu ini

 

 

 

 

 

 

Mari kita lihat sorotan cerita sensasi bolasepak Malaysia untuk minggu ini.

a.) Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012.

ATM vs LIONSXII (perlawanan sedang berlangsung ketika artikel ini ditulis)

SELANGOR vs KELANTAN (12 Oktober 2012 jam 8:45pm)

 

Masing-masing mengatakan mereka mampu layak ke final kononnya, terutamanya team Red Warrior dan Singa Lions tu…  Setakat artikel ni ditulis, separuh akhir Piala Malaysia di antara ATM dan LIONS, LIONS mendahului 1-0.

 

b.) Safee Sali, pemain yang dikatakan sensasi negara itu akhirnya digantung oleh FIFA dan dia tidak dibenarkan bermain untuk negara sehingga diberitahu oleh FIFA, bergantung kepada keputusan mesyuarat agung PSSI, badan induk bolasepak Indonesia. Bukan sahaja Safee Sali, hampir kesemua pemain, pegawai dan pasukan yang bermain di Liga Super Indonesia digantung kerana Liga Super Indonesia diharamkan oleh PSSI. Nampaknya jika Safee Sali masih digantung, maka Rajagopal tu terpaksa mencari pemain yang ‘lebih berkualiti’ bagi menggantikan Safee Sali. Apa katanya kalau Rajagopal memberi peluang kepada Norfarhan Mohammad (Kelantan), tak pun Mohd Amri Yahyah bermain menggantikan Safee buat sementara atau terus diserapkan bermain untuk Piala AFF November depan.

 

c.) Nasib bekas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris masih samar apabila bekas pasukannya itu enggan melunaskan tunggakan gaji beliau untuk pampasan selama 6 bulan. Terengganu nak bayar dia untuk empat bulan sahaja.

 

d.) Nasib pemain-pemain Terengganu yang telah pun ditamatkan kontraknya masing-masing juga masih samar kerana belum mendapat pasukan baru. Antara nama-nama yang disingkir oleh Terengganu termasuklah penjaga golnya yang kerap bolos (Sharbinee Alawi), Muslim Ahmad, Abdul Hadi Yahya dan Joseph Kallang Tie

 

e.) Rajagopal dan beberapa pegawai dari FAM masih lagi berdolak dalik. Kononnya rangking Malaysia yang jatuh tergolek ke nombor 162 dunia bukanlah kayu pengukur Malaysia, sebaliknya dia orang ni kata Malaysia mampu mempertahankan kejuaraan.. Tapi beberapa bekas pemain menempelak Rajagopal kerana ranking tu le sebenarnya yang menjadi KPI kepada Malaysia. Team mana nak main dengan Malaysia kalau dah kat tangga 162? Filipina pun dah tersengeh tengok betapa malunya Malaysia berada di tangga 162. Itu pun ranking tu belum tentu akan merubah apa-apa walaupun Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki untuk edisi 2012.